Majlis Graduasi Tadika Permata MAIWP dan MAIWP Kids
2024/2025 yang melibatkan 323 orang anjuran MAIWP Cawangan Putrajaya di Dewan
Sri Seroja, Jalan Diplomatik Presint 15 di sini.
Sempena graduasi tersebut 24 graduan menjadi tokoh murid
yang yang dipilih dari 6 zon.
Zon Putrajaya dan 5 zon lagi dari Kuala Lumpur; Zon Batu, Zon Setapak, Zon Titiwangsa, Zon Bangsar dan Zon Bandar Tun Razak
Keseluruhan Graduan bagi 6 zon untuk sesi 2024/2025 seramai
3,056 orang.
Majlis ini disempurnakan oleh Tuan Haji Syed Kamarulzaman
bin Syed Kabeer, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan .
Dalam ucapan majlis
perasmian, Tuan Haji Syed Kamarulzaman berkata:
”Majlis
Graduasi ini merupakan program tahunan untuk menghargai dan memberi
pengiktirafan kepada kecemerlangan yang dicapai oleh murid sepanjang sesi
persekolahan serta memberi motivasi kepada murid dan ibubapa tentang pentingnya
Pendidikan Awal Kanak-kanak membentuk sahsiah dan jati diri yang mantap.
“Tahniah dan
syabas diucapkan kepada semua murid Tadika Permata MAIWP dan MAIWP Putrajaya
kerana berjaya menamatkan sesi pembelajaran selama dua tahun,” ucap Tuan Syed.
Terima Kasih kepada guru-guru yang berjaya mendidik insan
cilik hingga berjaya.
Terima kasih juga kepada ibu bapa yang telah memberi
komitmen, kerjasama dan sokongan kepada guru-guru dan anak-anak.
Semoga penganjuran Majlis Graduasi Tadika Permata MAIWP dan
Tadika MAIWP Kids 2024/2025 dapat membantu Tadika MAIWP dalam meningkatkan lagi
kualiti dalam pendidikan Prasekolah di Wilayah Persekutuan.”







