Seramai 765 graduan daripada pelbagai program anjuran Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) diraikan pada Majlis Konvokesyen Ke-17 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia, Serdang.
YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merasmikan istiadat konvensyen diiringi Tuan Haji Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP, Datuk Mohd Nizam bin Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dan Tuan Haji Zuri Zabuddin bin Budiman, Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Profesional Baitulmal Sdn Bhd.
Majlis Konvokesyen hari ini, bukti kejayaan MAIWP dan KPBKL dalam menyempurnakan misi untuk membantu golongan asnaf mendapatkan pendidikan yang lebih baik dan mengolah kehidupan keluarga dan ummah agar lebih makmur dan bermakna.
KPBKL dahulunya dikenali sebagai Institut Profesional Baitulmal (IPB), ditubuhkan pada 23 April 1992 hasil usaha MAIWP dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dengan matlamat untuk melahirkan profesional muslim dan seterusnya meningkatkan taraf ekonomi umat Islam.
KPBKL telah melahirkan 16,000 graduan melalui 9 program
diploma dan 1 sijil hasilan sendiri, 2 program Profesional (Perakaunan) dan 2
program diploma usahasama bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM).












