KUALA LUMPUR, 8 Disember 2025 – Majlis Apresiasi dan Ramah Mesra MAIWP Bersama Media 2025 diadakan di Hotel Sunway Putra bagi menghargai pengamal media atas sokongan berterusan dalam menyebarkan maklumat berkaitan zakat, kebajikan asnaf dan aktiviti MAIWP.
Majlis Perasmian disempurnakan oleh Pengerusi MAIWP, YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, sebagai simbolik penghargaan MAIWP kepada seluruh pengamal media atas sumbangan dalam menyebarluas program dan aktiviti MAIWP.
Majlis turut menampilkan sorotan Projek Bangkit, program realiti tv kerjasama MAIWP dan TV Al Hijrah yang telah melabuhkan tirainya baru-baru ini , termasuk sesi penyampaian hadiah kepada pemenang.
Turut hadir pada majlis ini ialah YBhg. Datuk Seri Dr. Yusof bin Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Strategik MAIWP, YBhg. Datuk Mohd Nizam Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, barisan pengurusan MAIWP, wakil syarikat MAIWP, serta pengamal media seperti RTM, BERNAMA, Astro, TV Al Hijrah, Media Prima, Malaysia Gazette, Sinar Karangkraf, IKIM, Bahagian Penyiaran JAKIM, Media Prima dan Media Mulia (Utusan Malaysia & Kosmo).
Semoga kerjasama strategik antara MAIWP dan media terus diperkukuh, serta lebih banyak kisah kejayaan asnaf dapat memberi inspirasi kepada masyarakat.




