PASTINYA HATI TERTARIK DI KG. BALIK BATU

 

Santuni MADANI Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka, meriah dengan penglibatan penduduk setempat dari sejak pagi sehinggalah jamuan malam selepas ceramah oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat) Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, di Surau Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka.

 

Dalam ucapan perasmian sebelah petang 26 Oktober 2024, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh, menyampaikan sebuah pantun:

 Asap api embun menitik,

Patah galah haluan perahu;

Di sini jua hati tertarik,

Pastinya di Kampung Balik Batu.

 

”Saya cukup terharu dan berbangga apabila dalam banyak-banyak kampung di Malaysia ini, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka telah diangkat dan dipilih menjadi anggota keluarga kepada sebuah agensi yang berperanan penting dalam memastikan kemaslahatan umat Islam terpelihara. 


”Justeru, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan barisan urus setia yang telah bertungkus lumus menjayakan pelbagai program Santuni MADANI ini,” ujar beliau.

 

Ketika mengimbau kenangan zaman kanak-kanak, YAB  Ab Rauf Yusoh, walaupun katanya lokasi Kampung Balik Batu, jauh dari bandar, namun ketika itu... kanak-kanak seusianya tetap bersyukur dan gembira kerana dapat menikmati acuan kehidupan sebagai ’anak kampung.’

 

”Tanjung Bidara terletak di dalam daerah Alor Gajah di mana majoriti penduduknya adalah berbangsa Melayu yang menetap di 11 buah kampung tradisional dan salah satunya adalah Kampung Balik Batu.

 

”Kini, Kampung Balik Batu didiami kira-kira lebih 2,100 orang penduduk yang kebanyakannya menjalankan kegiatan ekonomi pertanian dan perikanan sebagai sumber pendapatan utama,” beritahu beliau.

 

Sempena Majlis Peluncuran Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni Madani) Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka beberapa sumbangan telah disampaikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

 

Antara, sumbangan yang dihulurkan ketika majlis peluncuran satu kampung satu pemimpin tersebut Santuni MADANI Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka:

 

Sumbangan kewangan:

Bantuan bakul makanan dan ziarah asnaf.

200 keluarga asnaf dan pelajar, RM69,000.00.

Masjid Jame’, RM5,000.00.

Dan barangan gerobok rezeki Surau Al-Khawarizmi, RM7,000.00.

Sekolah Menengah Agama Al-Ehya Al-Karim, RM5,000.00.

Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran (JAIM) Al-Abqari, RM5,000.00.

Sekolah Kebangsaan Tanjung Bidara, RM5,000.00.

Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), RM5,000.00.

Seekor lembu dan 3 ekor kambing untuk jamuan selepas ceramah agama.

Dan lain-lain sumbangan secara tak langsung.

 

TOP