Majlis
Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menganjurkan Bengkel Strategi
Perhubungan Awam Agensi Agama Berimpak Besar yang menghimpunkan 14 agensi agama
dari seluruh negara, pada 11-12 Disember 2024, di sini..
Bengkel
dua hari ini bertujuan memperkasa pegawai perhubungan awam dalam merancang dan
melaksanakan strategi komunikasi yang berkesan.
Bengkel
ini dirasmikan oleh Datuk Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai
Eksekutif MAIWP.
Dalam
ucapannya menyatakan bahawa agensi agama sentiasa menjadi perhatian masyarakat.
Beliau
menekankan, masyarakat mempunyai harapan tinggi terhadap agensi agama, terutama
dalam melaksanakan hal ehwal orang Islam.
“Sebagai agensi agama Persekutuan, kita sedar bahawa setiap tindakan kita akan menjadi perhatian masyarakat.
“Oleh itu, kita perlu memastikan komunikasi yang berkesan bagi menjaga reputasi dan keharmonian antara agensi dan masyarakat,” ujar Datuk Mohd Nizam.
Beliau
turut menyarankan bahawa komunikasi yang berkesan bukan sahaja membantu dalam
penyampaian maklumat, tetapi juga mampu menyelesaikan masalah, mengurangkan
persepsi negatif, dan membina hubungan yang lebih baik antara agensi dengan
pihak luar, termasuk media.
Bengkel
ini dianjurkan oleh Unit Komunikasi Korporat MAIWP dan dihadiri oleh pegawai
perhubungan awam dari pelbagai agensi hal ehwal agama (HEA).
Objektif
utama bengkel adalah untuk membina kemahiran pegawai-pegawai agensi dalam
merancang strategi komunikasi yang efektif, khususnya dalam menghadapi isu
sensitif yang boleh menjejaskan reputasi agensi.
“Bengkel
ini bertujuan untuk membantu pegawai perhubungan awam dalam menguasai teknik
komunikasi yang berkesan, termasuk pengurusan sidang media, hubungan media yang
erat serta penguasaan perhubungan awam digital,” kata Datuk Mohd Nizam.
Bengkel juga memberi penekanan kepada penggunaan media sosial dalam strategi perhubungan awam dan mempercepatkan kerja melalui ChatGPT, Teleprompter dan menstrukturkan jadual kata-kata hikmah untuk dipaparkan.
Begitu juga, pemindahan audio kepada teks dan teks kepada audio.
Sayed
Munawar Sayed Mustar, selaku perunding bengkel, memfokuskan kepada cara terbaik
untuk memanfaatkan platform seperti Facebook, Instagram, TikTok, YouTube dan laman web
dalam menyebarkan maklumat kepada khalayak yang lebih luas, termasuklah penyiaran dan cetak.
Sayed Munawar menjelaskan bahawa tahap komunikasi perlu disesuaikan dengan konteks tertentu, yang merangkumi enam elemen penting; Awareness (kesedaran), Knowledge (pengetahuan), Image (imej), Attitude (sikap), Drive (memandu) dan Action (tindakan).
Selain
itu, beliau juga menekankan pentingnya pemetaan dalam penjadualan penyebaran
maklumat dan isu.
"Agensi
perlu menentukan tempoh masa yang tepat untuk memberikan respons terhadap isu; sama ada segera, selepas beberapa jam, selepas 24 jam atau mendiamkan," ujar Sayed Munawar.
Sayed
Munawar mengingatkan peserta mengenai pentingnya analisis dalam merancang
komunikasi yang lebih strategik.
"Agensi perlu memahami trend semasa dan merancang tindakan berdasarkan data dan analitik.
"Adalah suatu kesilapan umum yang dilakukan oleh institusi dalam mengurus media, berkaitan perkara-perkara; tiada strategi, hanya memilih media tertentu, hanya untuk pemasaran, tiada sosial, asal ada, tiada konsistensi/fokus dan diurus oleh pelajar praktikal/pekerja sambilan.
"Prestasi pencapaian komunikasi
agensi boleh diukur melalui petunjuk ukuran yang ditetapkan yang mencerminkan
tahap keberkesanan strategi yang diterapkan," katanya lagi.
Bengkel ini diharapkan dapat
memberikan manfaat yang besar kepada pegawai perhubungan awam dalam menghadapi
cabaran komunikasi di era digital ini, selain memperkukuh hubungan antara
agensi agama dan masyarakat melalui komunikasi yang lebih berkesan.


