DR. MOHD NA'IM MENELUSURI NALURI ASNAF

Melalui program YB Menteri bersama MAIWP menziarahi asnaf Wilayah Persekutuan


Sidang media YB Menteri, Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), dibuat setelah selesai menyantui tiga buah rumah keluarga asnaf di PPR Beringin, Jalan Miri Off Taman Beringin, Kuala Lumpur, iaitu; Jamal bin Sulaiman, Awaluddin bin Ismail dan Ramli bin Yusof.

Berikut adalah petikan sidang media beliau:


Bismillahi Rahmanir Rahim,

(Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

(Semoga Allah SWT melimpahkan keselamatan, rahmat dan keberkahan untukmu)

Salam Ahad,

Salam Malaysia MADANI.


Alhamdulillah, seperti biasa, pagi ini, saya bersama-sama dengan Datuk Mohd Nizam Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), dan saudara Fahmi Ismail, Pengurus Besar Operasi, daripada Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).


Menziarahi asnaf

Program ziarah asnaf ini memang seperti mana yang saudara-saudari sedia maklum, yang kerap, saya bersama Datuk Nizam, kita turun untuk bertemu dengan asnaf.

Jadi, pada pagi ini, saya telah bertemu dengan keluarga pertama, iaitu; encik Jamal bin Sulaiman.


Jamal Bin Sulaiman

Beliau, dengan isteri beliau, dua orang anak.

Ditakdirkan oleh Allah SWT, diuji dengan penyakit diabetik, sehingga menyebabkan kaki sebelah kiri beliau, telah dipotong.

Menjangkit kaki sebelah kanan, juga dipotong, akibat kencing manis.

Isteri tak bekerja, anak-anak dua orang perempuan, telah disantuni untuk membantu beliau.

MAIWP, telah memberikan bantuan sebanyak  RM21,394.40 setahun.

Tadi juga, saya sempat bersama Datuk Nizam, kita serahkan kerusi roda baru, untuk memudahkan pergerakan saudara Jamal ini, untuk pergi mendapatkan rawatan di Klinik, Jinjang.

Dan yang kedua, ialah; saya bertemu dengan saudara Awaluddin Ismail. 


Awalauddin Bin Ismail

Isteri beliau, Sima, dan dua orang anak lelaki.

Anak lelaki bekerja sebagai grab, grab food dan juga seorang lagi anak, sebagai pembantu kedai.

Jadi, yang saudara Awaluddin ini, sejak 1 Januari tahun ini, adalah didapati, beliau terkena dengan penyakit kanser usus stage 4 (tahap 4).

Sekarang pun, tak boleh bergerak, dalam keadaan lemah, disebabkan penyakit kanser usus tersebut.

Dan, Alhamdulillah, kali ini juga, MAIWP, kita bantu, bantuan pelbagailah; bantuan sewa rumah, bantuan bulanan, yang kesemuanya berjumlah RM24,338.40, bersama dengan encik Jamal.

Asalnya beliau, puan Sima ini bekerja, kemudian disebabkan tumpuan yang diberi kepada suami, jadi, beliau mengambil keputusan fokus kepada menjaga suami.

Jadi, macam mana yang kami sebut, kekuatan yang Allah beri kepada isteri, tapi jarang, tapi yang majoriti, orang perempuan, bila mana suami diuji dengan penyakit musibah, dia akan stand friendly (setia bersama) bersama untuk membantu suami dalam keadaan sakit.

Saya tahu, sebab saya ketua hakim, saya hakim Mahkamah Syariah, berpuluh tahun, 25 tahun, saya tahu, banyak kes yang isteri sakit, suami, kadang-kadang isteri tak sakit pun itu jam, isteri segar-bugar, pun dah cari orang lain.

Apa lagi kata sakit, dah start (mula) dah, untuk cari isteri lain.

Jadi, yang ini, yang saya bimbing, saya sebut, saya sebut yang ini terus terang, semasa saya menjadi hakim, kekuatan bagi seorang wanita yang bergelar seorang wanita dan seorang ibu.

Puan Sima, ini pun, meninggalkan pekerjaan beliau, untuk memberikan tumpuan fokus, menjaga suaminya, Awaluddin

Alhamdulillah, kita berikan masa itu bantuan, tadi kita  ingat nak beri juga kerusi roda, tapi puan Sima maklum pada saya dia orang baru beli kerusi roda untuk suami, Awaluddin.

Dan dalam masa yang sama juga,  anak  Awaluddin dan Sima ini, yang nombor dua,  Azril Shah, kita tanya, tanya dia tadi, baru lepas habis belajar, tengah cari pekerjaan, nak masuk universiti pun tak boleh, jadi, tadi kita berikan tawaran kepada beliau, sebab dia ada kategori, minat untuk memasak.

Kita ada Institut Kemahiran Baitulmal, IKB.

Kita tawarkan kepada Azril Shah, untuk masuk IKB supaya beliau meneruskan hasrat dan minat beliau, dalam bidang memasak.

Insyaallah, mana tahu satu hari, boleh menjadi chef berjaya, dia boleh bantu, emak ayah dia.

Rumah ketiga, kita bertemu dengan dua orang warga emas, encik Ramli Yusof.


Ramli Bin Yusof 

Ramli Yusof, 74, dan isteri beliau, puan Shofiah, 66.

Terpisah daripada dua orang anak lelaki beliau, yang sekarang, yang sulung berumur 47 tahun, salah seorang anak beliau, yang baru-baru ini terkena strok.

Dan, encik Ramli dan isteri beliau, pada dua anak lelaki, telah cuba untuk menziarahi, tapi tak dapat menghadap untuk bertemu, jadi, terputus kasih sayang, antara seorang ibu dan bapa, dengan dua orang anak.

Dua orang inilah yang bersama.

Dan, saya sempat, untuk memberikan sedikit nasihat, dan kepada semualah yang berada diluar, anak-anak diluar sana.

Saya ulangi, sebut, untuk kita berjaya dalam kehidupan kita, sama ada di dunia atau pun di akhirat.

Doa seorang ibu, seterusnya sangat penting.

Sebab itu, Allah SWT sebut dalam al-Quran, selepas daripada menyembah Allah, yang kedua Allah kata, taat dan berbuat baik kepada ibu bapa.

Bila mana Allah sebut, ‘Shalatu ‘ala waqtiha ayyul amali ahabbu illallah?’

Apakah amal yang Allah SWT, yang dikatakan?

Pertama:  ‘Shalatu ‘ala waqtiha’, salat dengan hubungan kita dengan Allah (salat pada waktunya).

Kedua disebut:  ‘Birrul walidain’  berbuat baik kepada kedua ibu bapa.

Jadi, saya menasihatilah kepada kedua-dua anak ini, sementara ibu bapanya masih ada lagi, untuk muhasabah, dan baginya untuk mohon ampun, minta maaf, dengan emak bapa ini, saya ingat bukan dalam kes encik Ramli dan puan Shofiah, semua, saya ingat banyak yang berlaku, anak-anak yang tak mentaati, derhaka kepada kedua ibu bapa, jadi, kesannya sangat besar.

Bila kita nak membina masyarakat MADANI ini, peri penting untuk seorang anak mentaati kedua ibu bapa, khususnya apabila ibu bapanya dah warga emas, OK.

Kita kena ambil tanggungjawab, macam mana ibu bapa menjaga kita waktu kecil, bagaimana ia menjadi warga emas, tua, tak mampu menjaga diri, anak-anaklah, yang kena ambil tanggungjawab, untuk menjaga ibu bapa.

Kehidupan kita sekejap saja di muka bumi ini.

Kita akan bertemu Allah SWT.

Kehidupan di akhirat itu lebih lama, jadi, ambil peluang berbuat  baik, kedua ibu bapa ini supaya kita hidup tenang di dunia dan juga ada ketenangan di akhirat.

Alhamdulillah, MAIWP tadi sempat, memberikan sumbangan sebanyak RM15,264.00 setahun, kepada encik Ramli Yusof ini dan juga isteri beliau.

Dalam masa yang sama juga tadi, kita telah membuat keputusan, untuk memberikan sewaan bulanan itu, MAIWP juga akan cover (memenuhi bayaran) rumah yang dia sewa sekarang itu, OK, dibayar sendiri, sekarang MAIWP akan ambil alih  untuk bayar sewa tersebut supaya jumlah sewaan itu, encik Ramli dengan isteri boleh gunakanlah untuk tujuan, tujuan lain.

Dan, saya ingat itu, selain yang biasa yang kita bahagi, sumbangan tunai PPZ-MAIWP RM500.00 dan juga makanan-makanan asasi; beras, gula, teh, kopi apa semua, dan minyak dan sebagainya, ketika berikan ketika kunjungan ziarah asnaf, OK.


Terima kasih rakan-rakan media sebarkan maklumat tepat

Saya dan Datuk Nizam, dan Fahmi, terima kasih. 

Ucapaan jutaan terimalah, kepada rakan-rakan media, sebab mesej ini takkan sampai kepada masyarakat kebanyakan, apa yang saya nasihat, apa yang kita buat benda ini, tak sampai kepada ’humble’ (sasaran), bantuan, rakan-rakan media sebagai lidah kebenaran untuk sampaikan kepada rakyat, apa yang kita nak bentuk, apa yang Dato’ Sri Anwar Ibrahim, sebut, nak membina masyarakat MADANI.

Jadi, dengan contoh-contoh yang ada ini, sampai kepada masyarakat dan masyarakat dengan sebab ini apa yang kita lakukan, sebab lebih ramai, apa yang kita buat, jadi media inilah yang akan membantu MAIWP, untuk menyampaikan hasrat dan mesej kebaikan kepada masyarakat di luar sana, OK.

Terima kasih banyak-banyak, dan juga yang akhir sekali,   seperti yang Datuk Nizam sebut, saya tak pernah tinggal, untuk meminta, penerima-penerima bantuan dengan untuk sentiasa mendoakan kesihatan, keafiatan, keberkatan,  kejayaan hidup.

Kalau syarikat, syarikat itu mendapat keuntungan berlipat kali ganda kepada pembayar-pembayar zakat.

Bila mana penerima zakat ini, mendoakan dan pembayar zakat tahu tanggungjawabnya, masyaallah.

Kita boleh membawa masyarakat MADANI yang sejehtera dan yang mana masyarakat ini hidup dalam keadaan saling bantu membantu antara satu sama lain.

Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

(Allah adalah Dzat yang memberi petunjuk ke jalan yang selurus - lurusnya, dan semoga diberikan keselamatan atasmu, dan rahmat Allah serta berkah-NYA juga kepada-Mu)


Sekian.

Khutbah Jumaat pada hari ini. (Berseloroh)


Ihsan: Nur Syafiqah Mohd Jemmi

            MalaysiaGazette


TOP