HEMODIALISIS MAIWP ADA DI PUTRAJAYA

 

Hemodialisis Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kini berada di Putrajaya, Pusat Hemodialisis MAIWP-PICOMS, di No. 90 (Aras Bawah), Jalan Perak, Presint 15, Nadi 15, 62020, Presint Diplomatik.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh YB Menteri, Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), ketika merasmikan Pusat Hemodialisis MAIWP-PICOMS (PHMP).

University College MAIWP Internasional (UCMI) diamanahkan mengendalikan sebuah lagi cawangan Pusat Hemodialisis MAIWP-PICOMS di Putrajaya menjadikan lima buah; tiga buah di Kuala Lumpur dan masing-masing sebuah di Putrajaya dan Labuan.

Pusat hemodialisis itu, bukan hanya dibuka untuk memenuhi keperluan golongan asnaf tetapi juga berpotensi memperolehi pulangan yang konsistan dan berkembang maju.

Dalam ucapannya, Dr. Mohd Na'im, memaklumkan bahawa penubuhan pusat hemodialisis tersebut merupakan usaha penting MAIWP dalam memperkasa khidmat kesihatan kepada masyarakat terutamanya golongan B40.

Beliau turut menekankan pentingnya sinergi antara MAIWP dan UCMI dalam memperkasa dan memperluaskan akses kepada rawatan kesihatan berkualiti.

Pelan Transformasi Al Falah dari Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia adalah inisiatif penting yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan umat Islam, termasuk kesihatan.

“Pelan ini menekankan kepentingan kesedaran kesihatan melalui kempen meluas.

“Ini seiring dengan matlamat Pusat Hemodialisis MAIWP-PICOMS, di mana penjagaan kesihatan yang berkualiti dan mudah diakses adalah menjadi keutamaan,” ucap Dr. Mohd Na’im.

PHMP Putrajaya, bukan hanya meningkatkan akses kepada rawatan berkualiti tetapi juga berfungsi sebagai tempat latihann program ’post-basic renal’, tempat kajian dan penyelidikan pelajar pasca-siswazah.

Orang ramai yang memerlukan perkhidmatan hemodialisis bukan saja di PHMP Putrajaya, mereka juga boleh menghubungi pusat-pusat yang berhampiran:

 


No. 1-7, Jalan 33/10A,

Taman Perindustrian IKS

Batu Caves

68100 Kuala Lumpur

Telefon: 03-6186 9509

 

Jalan 31/10A

Taman Batu Muda

Batu Caves

68100 Kuala Lumpur

Telefon: 03-6192 0600


No. 9, Jalan 1/154,

Taman Bukit Anggerik

43200 Cheras

Kuala Lumpur

Telefon: 03-9108 3757

 

TOP