Kolonel
Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
(JAWI) merangkap Setiausaha MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan)
telah mengeluarkan arahan kepada semua
Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid dan surau Jumaat, Imam Besar Masjid Wilayah
Persekutuan, Naqib-Naqib dan Pengerusi Jawatankuasa Surau di Wilayah-Wilayah
Persekutuan supaya semua masjid, surau Jumaat dan surau
mengadakan salat hajat memohon doa keselamatan pertolongan Allah SWT agar negeri dan negara kita terpelihara dalam
naungan-Nya dan dijauhi dari musibah dan bencana.
Kolonel Datuk menyarankan salat hajat dan doa keselamatan itu dilaksanakan selepas salat Isyak pada 5 September 2024 dan pada 6 September 2024 selapas salat fardu Jumaat.
Salinan surat pelaksanaan salat hajat dan doa selamat juga telah dihantar kepada pejabat Menteri Hal Ehwal Agama JPM, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana negara, Pengerusi MAIWP, PKPE MAIWP, TKSU Kanan JPM, KP JAKIM, SS Mufti Wilayah Persekutuan, KP JWP, Ketua Polis Kuala Lumpur, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Ketua Polis Labuan dan pegawai-pegawai kanan JAWI.
Marilah
kita imarah dan hadirkan diri pada masa-masa tersebut di samping berterusan
memohon keampunan dan Rahmat Allah SWT.

