Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan telah mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi mempererat hubungan strategik serta memperkukuh kerjasama antara kedua-dua institusi.
Delegasi Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan diketuai oleh Yang Berbahagia YAA Tuan Haji Mohd Asri bin Haji Tahir, Ketua Hakim Syarie MSWP bersama barisan pegawai. Ketibaan delegasi telah disambut oleh Yang Berbahagia Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP bersama barisan delegasi MAIWP.
Pertemuan ini menjadi platform penting bagi memperkukuh jaringan kerjasama, bertukar pandangan serta menyelaras usaha dalam memperkasa pentadbiran hal ehwal Islam dan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan kepada masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan.








