MENARA MAIWP MULAI SOLAT JUMAAT

Alhamdulillah, secara rasminya, 13 Ramadan 1446H bersamaan 14 Mac 2025, Surau Haji Mohammed Sanusi, yang terletak di aras B2, Menara MAIWP diisytiharkan sebagai Surau Jumaat.

Detik bersejarah ini menyaksikan perasmian oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar dan mendirikan solat Jumaat bersama jemaah.

Surau Haji Mohammed Sanusi dinamakan bersempena nama Allahyarham Haji Mohammed Sanusi bin Baki, antara pewakaf yang disegani. Beliau telah mewakafkan hartanahnya di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur, untuk pembinaan Masjid al-Hidayah. Dengan berwakaf, pahalanya berterusan akan menjadi saham yang amat berharga bagi pemberinya.

Jom Solat Berjemaah dan Jom berwakaf !

TOP