Kunjungan
hormat daripada Kumpulan Penyelidik Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) untuk berkongsi kerjasama tentang kajian keberkesanan agihan
zakat di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Cadangan
tersebut disambut baik oleh Datuk Mohd Nizam bin Haji
Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.
Kajian
tersebut bertujuan mengkaji keberkesanan projek MAIWP dengan tumpuan kajian
tersebut pada program gerobok rezeki MAIWP.
Perkara
ini dapat membantu MAIWP memahami gelagat masyarakat, khususnya pelajar, tentang
sumbangan gerobok rezeki MAIWP dan bagaimana ia diterima melalui maklum balas
di media sosial.
Semoga
hasil kajian ini memberi penambahbaikan dan cadangan yang berguna untuk
meningkatkan keberkesanan program MAIWP di masa akan datang.
Terima
kasih diucapkan kepada Prof Mohd Mahzan Awang, Dekan Fakulti Pendidikan UKM,
beserta delegasi.











