UCAPAN DR. MOHD NA’IM BELANJAWAN 2025

 

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

 

Terima kasih Tan Sri Yang Dipertua

Pertamanya, saya ingin merakamkan ucapan perhargaan dan terima kasih di atas keprihatinan semua ahli yang berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah hal ehwal agama sepanjang tempoh perbahasaan perbelanjaan 2025 yang bertemakan: Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahterakan Rakyat.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bagi belanjawan tahun 2025, Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, telah diperuntukkan sekitar RM2 bilion yang merangkumi tiga ikhtiar utama, iaitu; ikhtiar 29 daya cipta kewangan Islam, ikhtiar 30 pembangunan industral halal dan ikhtiar 54 syiar Islam.

Seramai 14 ahli yang berhormat telah membahaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan hal ehwal agama, termasuk Tumpat, Jelebu, Jerlun, Kuala Krai, Jerai, Kuala Kangsar, Temerloh, Kalabakan, Beaufort, Bagan Serai, Ampang, Alor Setar, Langkawi dan Kuala Krau.

 

Tan Sri Yang Dipertua

Bagi menggulung perbahasaan belanjawaan kali ini, izinkan saya menjawab isu-isu berkaitan hal ehwal agama yang dibangkitkan oleh ahli yang berhormat secara rangkuman mengikut kluster dan kategori seperti yang berikut:

Pertama: Pengurusan dan Pembangunan Halal

Kedua: Kesejahteraan Modal Insan

Ketiga: Kemuliaan dan Pemerkasaan Undang-Undang Syariah

Keempat: Pengurusan Haji

Akhir: Kehormatan Institusi Islam.

 

Saya mulakan Tan Sri Yang Dipertua

Pembangunan dan pengurusan halal.

Yang Berhormat Kuala Krai telah membangkitkan isu proses kos sijil serta tindakan kerajaan dalam meningkatkan kefahaman masyarakat bagi mengelakkan stigma negatif terutama masyarakat bukan Islam.

 

Tan Sri Yang Dipertua

Sebagai pihak berkuasa berwibawa, Persijilan Halal Malaysia, Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama melalui JAKIM, MAIM dan JAIN sentiasa  komited untuk memastikan kualiti persijilan halal yang dikeluarkan terus terjamin dan boleh diyakini sebagai badan yang mendapat akreditasi ISO IEC 17065 daripada Jabatan Standard Malaysia ataupun JSM.

JAKIM diaudit secara tahunan oleh JSM bagi memastikan pengurusan persijilan halal sentiasa mematuhi standard yang ditetapkan termasuklah dari aspek integriti dan kesaksamaan.

Walaupun tempoh pemprosesan pengeluaran sijil halal dikurangkan prosedur dan piawaian yang ditetapkan masih perlu dipatahui.

Bagi meningkatkan kecekapan dan mengurangkan tempoh persijilan halal JAKIM, MAIM dan JAIN juga menambah baik dari semasa ke semasa elemen yang mempunyai kaitan dengan tempoh persijilan halal merangkumi sumber manusia, sistem, logistik dan sebagainya.

Ini kerana persijilan halal bukanlah bergantung sepenuhnya kepada proses semakan dokumen dan pengauditan semata-mata bahkan turut melibatkan elemen-elemen tersebut.

Kerajaan sentiasa mengambil langkah proaktif untuk menggalakkan permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan meningkatkan kesedaran pihak industri mengenai Persijilan Halal Malaysia.

Kerajaan pusat dan pihak berkuasa agama negeri sentiasa bekerjasama dengan institusi pembimbing berkaitan pembangunan industri seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Lembaga Perusahaan Pekebun kecil (RISDA), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Institut Penyelidikan dan kemajuan Pertanian (MARDI), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), SME Corp, dan strategik seperti Maybank, Bank Islam untuk membantu industri-industri ke arah Persijilan Halal Malaysia.

Kerjasama yang dilaksanakan ini merupakan inisiatif bersepadu bagi memastikan setiap agensi dan kementerian terlibat menggerakkan peranan dan tanggungjawab serta fungsi masing-masing untuk memperkasa Persijilan Halal Malaysia, bimbingan dan fasilitasi melalui program-program yang dianjurkan turut membantu memberi kefahaman mengenai isu-isu yang sering dibangkitkan termasuklah kesukaran mendapatkan persijilan halal.

Inisiatif seumpama ini juga membolehkan usahawan mendapatkan maklumat yang tepat dan menyeluruh mengenai keperluan dan syarat Persijilan Halal Malaysia.  

Sebagai contoh, JAKIM juga turut bekerjasama dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), untuk menggalakkan dan mempertingkatkan jumlah usahawan halal di kawasan Rawat dan Rehat ( R&R ).

Kerjasama ini merupakan inisiatif strategik yang digerakkan membantu syarikat konsesi di bawah LLM serta menggalakkan ushawan tersebut memohon Sijil Halal Malaysia. 

Pelbagai sesi bimbingan dan klinik halal telah dianjurkan hasil kerjasama tersebut untuk memastikan pihak industri yang menjalankan perniagaan di kawasan R&R memahami proses permohonan SPHM sebagai salah satu persiapan dan persediaan untuk memohon sijil.


Terima kasih.

 

TOP