PUSAT Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
(PPZ- MAIWP) berjaya mengutip zakat berjumlah RM1.03 bilion bagi tahun 2023. Dalam
usaha untuk meningkatkan kesedaran umat Islam untuk menunaikan zakat, PPZ-MAIWP
melaksanakan strategi pemasaran dan promosi berterusan sekali gus dapat
menggandakan kutipan dan penyaluran bantuan kepada golongan memerlukan. Pada
2023 PPZ-MAIWP berjaya mengutip Wakaf Tunai berjumlah RM6.64 juta dengan
kenaikan 162 peratus berbanding 2022 sebanyak RM2.53 juta dengan jumlah
pembayar seramai 14,635 orang. Daripada jumlah itu RM4.5 juta adalah melalui
kutipan Wakaf Khas selebihnya RM2.1 juta melalui kutipan WakafAm. Tahun 2024
PPZ-MAIWP menyasarkan kutipan zakat dan wakaf tunai berjumlah RM1,115 billion
dengan jumlah pembayar 1.935 juta orang. Bermula Januari 2024, MAIWP turut
menaikkan kadar bantuan zakat barangan keperluan asasi golongan asnaf kepada
RM300 daripada RM150 sebelumnya, yang diagihkan menerusi aplikasi dompet
elektronik (e-wallet).
KUTIPAN ZAKAT WILAYAH PERSEKUTUAN 2023, RM1.03 BILIION






