Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan (MAIWP) menerima kunjungan dari Dato' Dr. Ghazi Sheikh Ramli dan
rombongan bagi membincangkan beberapa
projek usaha tani yang dilaksanakan
dengan kerjasama CityFarm Malaysia (Moden/Hidroponik) dan Apadana Agro
(Tradisional).
MAIWP melihat tentang potensi
projek ini yang bukan sekadar mampu
memperkasakan ekonomi komuniti, tetapi menggalakkan anak muda terlibat dalam
industri pertanian.
Kunjungan Dato’ Dr. Ghazi disambut oleh Pengerusi MAIWP, Tuan Haji Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya.





