PENGERUSI MAIWP JAYAKAN KURSUS KOMUNIKASI AGENSI

 

Kursus Komunikasi Menggembleng Kandungan Islami Berwibawa diadakan, pada 22-23 Oktober, 2024 oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, dianggap berjaya dengan penyertaan sebagai peserta,  Tuan Pengerusi MAIWP, Tuan Haji Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, semalam. 

Ketika menyampaikan ucapan perasmian, Tuan Haji Syed Kamarulzaman memanjatkan kesyukurannya kerana dapat bersama-sama hadir bagi menjayakan Kursus Komunisi Agensi: Mengembleng Kandungan Islami Berwibawa, di Dewan Seminar  Ir. Haji Mohd Mazlan Haji Md. Ismail Merican, Menara MAIWP, Kuala Lumpur.

Semasa mengulas tentang penyertaan dalam kursus tersebut, Syed Kamarulzaman menyatakan amat penting kursus seumpama itu untuk memahami situasi arus perdana, isu-isu semasa dunia dan pengembangan teknologi begitu pantas.

”Kursus yang dianjurkan oleh Bahagian Unit Komunikasi Korporat ini disertai seramai 36 peserta yang mewakili setiap Unit dan Bahagian di MAIWP serta 2 wakil yang mewakili anak syarikat MAIWP.

”’Kursus Komunikasi Agensi: Mengembleng Kandungan Islami Berwibawa’ , diadakan bertujuan untuk menyampaikan perkhidmatan komunikasi dan media yang mampu meningkatkan reputasi dan daya saing organisasi di peringkat global.

”Seperti sedia maklum, perkembangan komunikasi amat penting dalam melengkapi segenap kehidupan manusia.

”Hal ini kerana dengan adanya komunikasi yang berkesan, dunia informasi dapat disampaikan ke serata pelusuk dunia,” sebut beliau.

Kursus selama 2 hari itu, dipimpin oleh Tuan Syed Munawar Syed Mustar, pengacara RTM yang tidak asing lagi dalam dunia penyiaran di negara kita dengan slot beliau bersifat kontemporari dan berenergi.

Penampilan Syed Munawar lebih menonjol apabila membawa isu-isu tular (viral) sebagai moderator di pantas wacana sama ada melibatkan Menteri, pentadbir, selebriti atau individu yang sedang tular dalam media sosial.

“Hal ini dapat disimpulkan juga

bahawa komunikasi yang efisien dan efektif

amatlah penting bagi melahirkan individu,

agensi atau Masyarakat yang lebih

berketerampilan dan berkeyakinan,”

nasihat Syed Kamarulzaman

Suatu yang menarik perkongsian Tuan Syed Kamarulzaman tentang perlunya komunikasi berkesan terutamanya dalam sebuah organisasi seperti MAIWP untuk memahami situasinya.

Isunya, Pengerusi MAIWP disaman kerana enggan membayar hutang tertunggak yang disiarkan dalam portal Free Malaysia Today oleh seorang kontraktor yang diberi tugas membina sebuah masjid.

Sedangkan menurut beliau,  ia baharu melapor diri pada 16 Februari 2024, sebagai pengerusi tiba-tiba mendapat  surat tuntutan kepada Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer pada 13 Mac 2024, yang akan tamat tempoh tuntutan tunggakan.

Gambar beliau pula terpampang di dada akhbar tersebut, namun menurut beliau kes tersebut telah diselesaikan secara baik.

“Dengan adanya komunikasi yang berkesan di kalangan komunikator, maka maklumat dapat disampaikan dengan jelas dan mudah difahami oleh pendengar.

“Hal ini dapat disimpulkan juga bahawa komunikasi yang efisien dan efektif amatlah penting bagi melahirkan individu, agensi atau Masyarakat yang lebih berketerampilan dan berkeyakinan,” nasihat Syed Kamarulzaman.

 

TOP