Kehadiran Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar dan Menteri
Wilayah Persekutuan, Dr. Zaliha Mustafa serta pegawai-pegawai kanan agensi
agama memeriahkan lagi Program Zikir Akbar
Madani Sempena Hari Wilayah Persekutuan 2025.
Bagi menghargai program tersebut, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama 13 agensi agama di bawah Menteri Hal Ehwal Agama menzahirkan nikmat perpaduan, keamanan dan kesejahteraan ini, dengan kerjasama Jabatan Wilayah Persekutuan, Persatuan Sosial Kebajikan Yakin menjayakan penganjuran Program Zikir Akbar Madani sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025.
Sejajar dengan agenda
tahun 2025, agensi-agensi di bawah Menteri Hal Ehwal Agama Jabatan Perdana
Menteri, menumpukan fokus gerak kerja bertemakan “Islam Mekar di Bumi Malaysia”
ke arah meningkatkan kefahaman dan penghayatan Islam melalui semarak majlis
ilmu.








