Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memanggil Majlis Agama Islam Negeri-negeri berbengkel kaedah pendekatan menjejaki asnaf di luar daripada pemantaun, golongan baharu terkesan dan yang memerlukan bantuan segera untuk ditangani.
Berbengkel selama 3 hari, di Putrajaya, sepuluh Majlis Agama Islam Negeri mengurus zakat mengambil bahagian mencanai idea, mengharmonikan penggunaan dan memperkasa aplikasi Mobile Jejak Asnaf (MoJA) MAIWP v2.0 bagi penambahbaikan yang sedia ada dan pendekatan-pendekatan yang serasi diaplikasikan di negeri-negeri peserta bengkel.
Antara peserta bengkel Majlis Agama Islam Negeri yang hadir, iaitu; Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Kelantan, Negeri Sembilan, Sabah dan Pahang.
Bengkel juga menggembeleng idea-idea terkini untuk menambah baik aplikasi MoJA agar lebih dinamik, efisyen dan releven dalam memudahkan orang awam menyalurkan maklumat berkaitan asnaf dan kesusahan di dalam masyarakat, seterusnya menghidupkan rantaian ekosistem di sektor kebajikan supaya jurang kemiskinan dapat diimbangi sebaiknya.
Bengkel
turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Encik Mohd Fauzi
bin Abidin.





