WARNA-WARNI 2 TAHUN KERAJAAN MADANI DALAM PAMERAN DI PAVILION AL-FALAH

 

Hari ketiga dan penutupan pameran

Terima kasih atas sokongan semua!

Pameran sempena 2 tahun Kerajaan MADANI di Pavilion Al-Falah memasuki hari ketiga dan terakhir dengan penuh meriah.

Keberadaan anda di sini sangat bermakna dan menjadi inspirasi kepada usaha kita bersama dalam merealisasikan aspirasi negara yang lebih dinamik dan inklusif.

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kehadiran dan sokongan anda yang tidak terhingga.

Terima kasih kepada semua pengunjung yang telah menyokong dan memeriahkan acara ini sepanjang tiga hari berlangsung.

Semoga sokongan ini terus memacu kita ke arah masa depan yang lebih gemilang!


Hari kedua

Aktiviti menarik dan inisiatif kerajaan pada hari kedua pameran 2 tahun Kerajaan MADANI, pengunjung di Pavilion Al-Falah berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti menarik serta menyaksikan inisiatif-inisiatif terbaru yang menyokong visi dan aspirasi negara.

Sorotan hari ini:

Podcast kejayaan: Aplikasi Mobile Jejak Asnaf (Aplikasi MoJA) Majlis agama islam Wilayah Persekutuan.

TS. Nurul Iskandar Bin Ismail, Pegawai Teknologi Maklumat MAIWP, berkongsi mengenai bagaimana teknologi digital seperti MoJA memainkan peranan penting dalam memperkasakan masyarakat.

Pavilion Al-Falah turut menerima kunjungan daripada YAB Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, yang menunjukkan komitmen kerajaan dalam menyokong inisiatif-inisiatif bermanfaat untuk rakyat.


Hari pertama

Sambutan meriah pengunjung pameran 2 tahun Kerajaan MADANI yang bermula pada hari pertama mendapat sambutan yang sangat meriah dari pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam pelbagai aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan.

Rakyat Malaysia, terutama yang berada di sekitar Lembah Klang, memeriahkan  program ini yang bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Suasana meriah di program 2 tahun Kerajaan MADANI pelbagai pameran dan aktiviti menarik disediakan oleh Kementerian, Jabatan, dan Agensi Kerajaan termasuk agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Program ini turut diserikan dengan kehadiran YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada sesi pagi.

Pada sesi petang, Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dan Kolonel Datuk Mohd Ajib bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM turut hadir memeriahkan suasana.


Persiapan Pavilion Al-Falah

Khamis, 21 November 2024, MAIWP, bersama agensi agama Jabatan Perdana Menteri, bersedia menerima pengunjung di Pavilion Al-Falah, Kuala Lumpur Convention Centre (Pusat Konvensyen Kuala Lumpur), pada 22 hingga 24 November 2024.

Aktiviti yang tersedia:

.Mengunjungi Pavilion Al-Falah

.Menyertai pelbagai aktiviti menarik

.Mendalami maklumat terkini mengenai inisiatif kerajaan

Jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam kemeriahan ini.

Ayuh, sama-sama menyertai program yang penuh bermanfaat ini!

Kita jumpa di sana!

"MADANI di hati, rakyat disantuni"

TOP