MAIWP ASAH POTENSI ASNAF

 

Asnaf MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) dibimbing mengikuti kursus penghasilan minuman dan jus berperisa buah-buahan, beraroma, harum dan manis di kilang  penghasilan produk tersebut, Ameen Products Sdn Bhd, Taman Industri Ringan, Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan.

Kursus 3 hari 2 malam, pada 8-10 September 2024, disertai oleh penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP, seramai 29 orang; 19 orang dari Kuala Lumpur manakala 10 orang dari Labuan.

Pembimbing kursus, JW Training & Consultancy,  sebuah syarikat perunding perkhidmatan, latihan, nasihat, motivasi, membekal modul latihan dan pengendali bengkel/seminar.

Melalui kursus, asnaf berpeluang mempelajari penghasilan produk minuman dan jus cordial, dan secara tak langsung memberi perubahan anjakan pengetahuan dan pengalaman situasi baru.

Ia juga menanam bibit-bibit menceburi bidang perniagaan sebagai inisiatif menjana pendapatan.

Kursus dirasmikan oleh Ustaz Ahmad Saifuddin Haji Md. Tahir, Pengurus Bahagian Pembangunan Asnaf  (BPA) MAIWP manakala majlis penutup oleh Ustaz Kamarunnizam Shahimi, Ketua Pengurus Agro MAIWP.

TOP