Peluncuran Satu
Pemimpin Satu Kampung Santuni MADANI, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Masjid
Tanah, Melaka Bandaraya Bersejarah, dimulai di Menara Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan (MAIWP), dengan melepaskan konvoi motosikal, di sini semalam.
Pelepasan konvoi
motosikal seramai 30 buah itu dilakukan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif
MAIWP, Datuk Mohd Nizam Haji Yahya, jam 11.30 pagi diikuti oleh bas, van dan
kenderan pelbagai jenis membawa urusetia dan pegawai MAIWP.
Konvoi
motosikal mengharungi hujan panas sepanjang perjalanan sebelum mereka singgah
di masjid untuk menunaikan salat Jumaat.
Selesai salat,
konvoi meneruskan perjalanan ke Kompleks
Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka
kerana pada pukul 3.30 petang diadakan raptai/rehearsal untuk melicinkan
perjalanan program sebenar pada keesokan hari di kompleks falak tersebut.
Selepas selesai
raptai, urusetia program ‘Santuni MADANI’ telah dijamu oleh Datuk Mohd Nizam, makan
Lempeng bersambalkan ikan bilis dan telur goreng dengan air sarsi berperisa
limau.
Semua urusetia balik ke inap desa masing-masing untuk melepas lelah sepanjang petang tadi.
‘Santuni
MADANI Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka, di sini
segalanya bermula.’

