YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri, ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) meminta YB Menteri, Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, menyegerakan pembinaan SMISTA MAIWP dengan pengurusan dan tata kelola teratur, sempurna dan komprehensif .
Berikut adalah ucapan penuh beliau pada majlis tersebut, 26 September 2024 di tapak SMISTA MAIWP, Jalan Alam Sutera Utama, Bukit Jalil, Kuala Lumpur:
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Kerajaan MADANI pada tahun lalu.
Ini sesuai dengan falsafah negara kita MADANI di mana kita meletakkan keperluan membangun yang mampan tetapi meletakkan soal nilai selain daripada ihsan dan rahmah untuk memastikan dalam semua bidang, pertumbuhan ekonomi, sosial, kesihatan, teknologi dan pendidikan itu diimbangi dengan kekuatan keyakinan kita, akidah dengan akhlak dan nilai.
Dan kita pelajari pengalaman pertumbuhan selama ini, negara-negara yang kaya yang tumbuh dengan hebat dan segar.
Dengan bangunan pencakar langit, tetapi kehilangan nilai manusiawi atau keinsanan.
Jadi
kalau disebut dalam Al-Quran “walaqad karramna bani Adam” (Surah Al-Isra, Ayat
70), tidak lihat ‘karramah insaniah’ itu walaupun dijanjikan di dalam Al-Quran
kerana tidak dilaksanakan dan diamalkan.
Jadi sebab itu dalam sistem
ekonomi pun, kita sebut tentang sistem kapitalis tetapi ada dalam istilah
Inggeris disebut ‘unriddled capitalism’.
Maknanya
matlamatnya keuntungan semata-mata, mengenepikan nilai, mengenepikan prinsip
keadilan dan kemanusiaan.
Maknanya bangunan pencakar
langit, keuntungan berlipat kali ganda, berbilion dan industri canggih.
Sekarang dengan digital,
dengan AI-‘Artificial Intelligence’ tetapi nilai kemanusiaan terhakis.
Soal akhlak diketepikan. Kita
harus lihat pengalaman ini dan ada juga orag Barat yang cuba memberikan
teguran.
Ada karya baru-baru ini
tentang pendidikan umpamanya.
Sekadar nak imbau di kalangan
anak-anak. Harry Lewis kata pendidikan termasuk seperti Universiti Harvard
iaitu universiti paling cemerlang dari segi ilmiahnya, akademiknya, sains dan
teknologinya.
Melahirkan Nobel laureate,
pemenang hadiah Nobel sains terkemuka di dunia.
Tetapi seorang dekan Harvard
menyatakan “excellence without a soul”.
Apa erti ‘excellence’?
Cemerlang dalam pendidikan.
Tak boleh kita pertikai
sainsnya, teknologinya, kimianya, ekonominya, digital, AI, soal tenaga,
cemerlang dalam pelbagai bidang.
Tetapi tidak ada roh dan jiwa
dalam sistem pendidikan itu-‘Without a soul’. Contohnya, dari perkara asas, dia
belajar bagaimana nak jamin pertumbuhan ekonomi yang rancak dan segar.
Tetapi di kelilingnya
kawasan-kawasan miskin, sesak, mahasiswa tidak dilatih untuk mempedulikan, dan
mahasiswa juga tidak mempedulikan.
Di
luar sana ada fahaman perkauman yang sempit, yang menghina golongan kulit
hitam. The blacks or the coloured.
Yang
menganggap mereka ini kelas dua dan direndah-rendahkan darjat kemanusiaan
mereka.
Tetapi
tidak langsung menyentuh perasaan atau mengetuk pintu hati ‘damir’ manusia,
pelajar dan mahasiswa di dalamnya.
Sebab itu dia kata
“excellence” atau kecemerlangan, iya.
Tetapi
tanpa nilai, tanpa jiwa, tanpa roh, “without a soul”.
Jadi,
kita mempelajari dan melihat pengalaman di sana.
Bagaimana
di sini?
Ini
jawapan kita.
Kita
mesti tahu bahawa langkah-langkah perlu diambil.
Tidak
mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh orang-orang luar dan kita harus
memberikan tumpuan dalam bidang pendidikan yang boleh memberikan keyakinan
akidahnya dan rohnya di samping menimba ilmu dan meneroka alam pemikiran dan
disiplin baru.
Kerana
manusia dan dunia ini menuntut banyak perubahan.
Masa
saya di sekolah, tidak dibicarakan soal digital, soal transformation.
Tidak
dibicarakan soal transisi tenaga daripada arang batu kepada gas, kepada hydro
green technology, kepada green hydrogen tidak dibicarakan.
Dunia
menuntut perubahan dan kita tidak boleh ketinggalan.
Sebab
itu Kerajaan mahu kita kembali kepada landasan.
Jangan
menumpukan pada satu bidang, termasuk menjadi huffaz, tetapi meninggalkan
keperluan menguasai teknologi dan pemikiran baru.
Supaya
kita boleh memimpin, apa yang disebut umat yang “ummatan wasatan littaqunu
syuhadaa a’alannas, wayaqu narrasoolu alaikum syahida” (Surah Al-Baqarah, Ayat
143).
Maknanya
memastikan ada keseimbangan di antara keperluan kita sebagai umat menguasai
ilmu yang asas dan Al-Quranul Karim.
Di
samping itu meneroka, menguasai alam dan disiplin baru agar kita tidak
ketinggalan.
Kalau
tidak kita nanti boleh jadi alim, tetapi negara dikuasai, teknologi mereka
pegang, kecanggihan, ketenteraan orang lain pegang.
Kita
hanya menonton rumah-rumah dirobohkan, negara ditakluk.
Sebab
itu ada keperluan kita menguasai kedua-dua bidang dan SMISTA di mana ada
integrasi di antara sains dalam erti kata yang lebih luas dan tahfiz.
Menjadi
maahad tahfiz maknanya menguasai, mempelajari dan menghafal dengan harapan
menghayati semangat Al-Quran.
Dan
ini kekuatan yang menjadikan kita manusia yang lebih sempurna atau insan soleh.
Jadi
ini harapan kita dan saya mahu SMISTA ini dilaksanakan segera.
Peruntukannya
itu besar sekitar RM76 juta ringgit kalau tak salah saya, kalau kurang minta
MAIWP tambah sikit lagi (nada seloroh).
Tetapi
harus disegerakan.
Saya
dah minta saudara YB Dr. Naim dapatkan laporan dalam tempoh satu minggu tentang
perkembangannya dan saya mahu proses tender itu dibuat dengan teliti.
Kerana
kalau dulu, beberapa projek ini kelam kabut sedikit kerana kontraktor (yang
diluluskan) itu ada masalah.
Saya
tak mahu SMISTA berjangkit hal ini.
Dulu
kadang-kadang sistem dalam Kerajaan, dia tak payah tender, pakai runding
sahaja, kemudian projek lingkup.
Jadi
jangan ada, kerana kita nak jadikan satu hal, satu projek yang begitu baik
dengan matlamat yang baik.
Tetapi
kadang-kadang kalau kita cuai dari segi pengurusan dan tata kelola dan kita
izinkan ada pelanggaran peraturan dan hukum, akan menyebabkan projek lambat.
Jadi
ada dua perkara.
Pertama,
saya mahu supaya proses itu disegerakan.
Saya
datang bukan tanpa syarat, jadi mesti ada laporan dalam tempoh satu minggu dan
mesti disegerakan proses tender.
Kementerian Kewangan boleh
luluskan proses tender yang boleh dipercepatkan, fast track.
Tapi mesti tender dan mesti
ikut proses kontraktor yang betul-betul layak dan bertanggungjawab boleh
melaksanakan dan saya nak disegerakan supaya siap sekolah ini dalam tempoh yang
lebih cepat daripada yang dijangka.
Ini bicara Islam kadang
berdegar-degar tapi projek lembap, tak ada apa juga.
Mana dia semangat atau roh
Islam yang disebut dalam rumusan hadis Nabi Muhammad SAW, ‘itqan fil amal’?
Mana ‘itqan fil amal’?
Dalam setiap tindakan kita
itu harus cekap, efisyen, harus excellent.
Itu
semangat kalau betul-betul kita jadikan contoh.
Jadi sekolah-sekolah
menengah, majlis agama, jabatan-jabatan ini harus tunjuk keupayaan lebih cekap,
lebih pantas, lebih bersih daripada jabatan yang lain.
Kerajaan MADANI ini berperang
sekarang dengan perasuah, dengan penyelewengan, dengan orang kadang-kadang
bicara soal Melayu atau kadang-kadang bicara soal agama dan Islam.
Tetapi sebenarnya merompak
hasil negara dan kekayaan negara kita dan saya tidak mahu hal ini berlaku.
Saya
tidak maksudkan sudah berlaku di sini tapi mesti ada pengajaran.
Mustahil
saudara, dalam keadaan kita semak hampir setiap kontrak dulu, ada saja
bocornya, ada saja hilang dananya.
Negara
mana boleh mampu maju kalau setiap kali ada tiris dan tirisnya bukan sedikit,
ratus-ratus juta, berbilion ringgit.
Pemimpin-pemimpin
kalau jadi Perdana Menteri, jadi Menteri Kewangan mesti miliki ratus juta. Ada
yang berbilion ringgit.
Kemudian
bila kita suruh isytihar harta, marah, dendam.
Apa
dendam?
Kalau
kamu tidak salah apa takut isytihar harta?
Saya
kalau esok minta isytihar harta sekali lagi, saya isytihar.
Korek
lah banyak mana pun.
Baru
boleh kita jadi pemimpin, kena jadi contoh.
Kalau
tidak apa yang nak diajar kepada rakyat?
Sebab
itu bagi saya untuk mengangkat darjat Islam, dia mesti dalam negara, dalam
tatakelola, dia mesti paling cekap dan pantas.
Soal
tatakelola nombor satu.
Benar,
orang sebut Saidina Umar Abdul Aziz RA, Khalifah Umar Thani, hebat kerana apa?
Dia
tiap malam tidak meninggalkan bacaan Al-Quran, tahajud, berdoa dan menangis.
Tetapi
sebagai khalifah tidak hanya kerana dia baca Al-Quran tiap malam, itu perlu.
Tetapi dia urus dengan baik.
Dia
tahu harta Kerajaan, harta rakyat dan gaji peribadi.
Dia
tidak salah guna kuasa, jentera dia takut kalau salah guna, dia tidak tolak
ansur.
Jadi wang dan dana itu
dibelanja dengan cermat dan cekap.
Sebab itu jadi petanda dan
mercu dan contoh pengurus dan tata kelola yang hebat dalam sejarah dunia.
Kita selalu tahu ustaz-ustaz
kita datang sekiranya sebut bagaimana dia urus dalam 2 tahun 3 bulan.
Dari jazirah arab ke Mesir
terus sampai ke Azerbaijan, tapi seluruh kawasan itu bebas dari kemiskinan,
bebas dari kemiskinan tegar sehingga sukar hendak cari orang nak bayar zakat.
Bermakna kita mampu.
Tapi
syaratnya seluruh jentera harus dibersihkan.
Kita tidak mudah,
kadang-kadang tazkirah banyak juga, barang-barang banyak juga yang pakai kopiah
putih pun ramai juga.
Tapi
yang sakau pun ramai juga.
Dan
ini memeningkan kita, jadi jangan pandang ringan.
Saya
tidak kisahlah orang sekarang ni aneh, saya kadang saya bagi tahu juga orang,
kawan-kawan, aneh juga.
Perang
lawan rasuah pun tidak kena, yang pertahankan perasuah-perasuah besar pun tidak
kena.
Saya
tidak faham.
Apa
tidak boleh, apa yang kurangnya di Malaysia ini.
Apa
makna kita adakan Maahad dan sekolah menengah seperti ini?
Gabungkan
kekuatan.
Tradisi Islam dan moden
sains.
Kerana
kita hendak bangkitkan hendak hidupkan anak-anak muda yang punyai roh.
Roh
perjuangan, roh jihad, yang hidup, aktif untuk bawa perubahan dalam masyarakat
untuk bawa kebaikan kepada masyarakat.
Dan
bagi negara, soal tatakelola itu mesti dan bersatu.
Saya
harap ustaz ustazah dan guru-guru di sini dan pengetua harus beri penekanan
ini.
Dia
belajar dengan satu matlamat bangkit satu generasi satu gil Rabbani.
Gil
Rabbani yang punyai komitmen untuk bawa perubahan kepada masyarakat dan negara.
Jadi
ingat, yang pertama menyegerakan projek ini kerana projek ini dicadang sejak
tahun 2011 ke 2013.
Hanya
tahun lalu, bila saya dimaklum belum lulus.
Saya
minta disegerakan kelulusan.
Tapi
saya tidak minta disegerakan kelulusan dan ditadbir dengan lembap.
Dia
mesti disegerakan dan saya mahu laporan itu sampai ke pejabat saya minggu depan
supaya dapat arahan dengan kelulusan Kementerian Kewangan, proses tender itu
juga dipercepatkan dan kalau siap kalau saya sihat, saya datang.
Insya-Allah.
Seperkara
lagi, sekolah menengah ini tempat yang strategik, tanah yang mahal, di ibu
kota.
Kita
boleh buat pilihan malah ada cadangan tanah ini di reserve untuk kawasan
komersial.
Ada
cadangan supaya sekolah ini dipindahkan kawasan jauh sedikit.
Tidak
ada asrama dan tidak seberapa.
Tapi
saya fikir, saya setuju dengan MAIWP bahawa harus ada juga satu gerbang sekolah
di kawasan ini kerana ada keluarga di sekitar ini, rumah-rumah sekitar ini dan
saya mahu juga Kuala Lumpur ini tidak dikenali hanya dengan mercu tanda yang
tinggi hotel-hotel besar, restoran-restoran 5 bintang, 7 bintang, tetapi juga
gerai-gerai yang bersih, perumahan rakyat kita luncurkan baru-baru ini
perubahan MADANI dan sekolah-sekolah termasuk SMISTA ini.
Ini
memberi gambaran tentang wajah Kuala Lumpur yang terbina daripada apa yang
difikirkan sehingga orang diukur, oh dia masa dulu ada ini, program ini, mercu
tanda ini, menteri ini, dan menteri ini, projek mega ini, saya tidak ada.
Tidak
payah nilai saya dari segi projek mercu tanda, nilai saya dari projek gerai
yang bersih, perumahan MADANI rakyat dan sekolah-sekolah dan kawasan yang baik
untuk rakyat jelata. Sebab itu walaupun sudah 2 tahun saya jadi Perdana
Menteri, tidak ada rancangan untuk projek mega di Wilayah Persekutuan, tidak
ada.
Pengangkutannya,
gerainya, Dr. Zaliha tahu, saya bising betul soal gerai, mesti segera, mesti
bersih.
Berapa orang yang pergi ke
restoran-restoran mahal?
15% penduduk yang lain itu ke
warung, ke restoran kecil, ke gerai.
Tapi
tengok nasib gerai-gerai kita, ada warung kita 80% rakyat ke situ.
Tetapi
kedudukannya daif, bumbung bocor, bau air tak bersih dan kawasannya tidak baik.
Sebab
itu saudara lihat, setelah dalam 2 tahun ini memang kita kerahkan Dewan
Bandaraya saya mahu lihat perubahan wajah tentang gerai warung dan
restoran-restoran kecil ini diberikan suatu pemulihan supaya bersih dan indah.
Yang
kedua perumahan-perumahan rakyat, yang sebut perumahan MADANI dengan
kemudahan-kemudahan termasuk musolla dan kawasan masjid, perpustakaan dan taman
yang sesuai untuk kehidupan rakyat terutama berpendapatan rendah.
Sekali
lagi saya ucap terima kasih dan untuk guru-guru boleh kerja dengan
sungguh-sungguh sebab 1 Disember 2024 ini semua naik gaji.
Berapa
lama tunggu?
12
tahun.
12
tahun tunggu kalau saya fikirkan soal ekonomi, hutang banyak, hasil tidak
bertambah banyak sangat.
Jadi
boleh tangguh tetapi saya rasa harus adil kerana guru-guru dan penjawat awam
itu bawah jagaan saya.
Kerajaan
dan saya mesti dahulukan mereka sebab belum ada kenaikan itu kenaikan tertinggi
dalam sejarah. kalau kenaikan tertinggi dalam sejarah, tapi prestasi terendah
dalam Sejarah, alahai nasib badan.
Kalau
sudah pengiktirafannya kenaikan tertinggi dalam sejarah.
Maka
prestasinya juga harus meningkat.
Jadi
oleh kerana kita beri tumpuan kepada sekolah ini dengan peruntukan yang besar,
saya mahu prestasi sekolah menengah ini juga yang di antara terbaik dalam
negara kita. Jadi anak-anak boleh jamin insya-Allah ya.
Saya hendak prestasi
keputusan baik dalam hafazan atau dalam sains.
Bila
tanya sekolah mana?
SMISTA
jadi terukir begitu.
Baik,
insya-Allah.
Jadi,
ikut peraturan, nasihat guru-guru dan ibu bapa, belajar ikut disiplin yang
ketat tanpa disiplin tidak terkawal.
Jadi
itulah sahaja harapan saya ada doa ke hadrat Allah SWT mudah-mudahan acara pada
hari ini dapat dilihat dari segi kejayaannya, malah dalam beberapa tahun akan
datang insya-Allah.
Saya
hadir juga walaupun pada peringkat awal bila Dr. Naim minta saya hadir dengan
Syed Kamuzzaman, saya kata tidak boleh sebab saya di Johor Invest Malaysia di
Iskandar, Johor.
Tapi
oleh kerana fikirkan ini SMISTA, dari Johor ambil penerbangan terus dari
airport terus ke mari.
Ini
soal jiwa saya itu, ya anda ke sini.
Kerana bagi saya yang
program-program sekolah menengah sahaja.
Bukan
saya mahu buka projek pembangunan raksasa.
Datuk
Bandar tahu kalau kita buka selalu kalau peringkat Perdana Menteri mesti projek
besar tapi tidak ini projek sederhana, tetapi sangat bermakna untuk memberikan
erti kepada “Addabani Rabbi fa-ahsana ta’dibi”.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pautan:
PMO.GOV.MY





