KUNJUNGAN TKPE DI ICU JPM


Delegasi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkunjung  di Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) diketuai oleh encik Mohd Fauzi bin Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan pegawai-pegawai kanan, telah disambut penuh mesra oleh Ketua Pengarah ICU JPM, Dato' Seri Azman bin Ibrahim, dan pegawai-pegawai kanan beliau.

Kunjungan MAIWP ke ICU JPM adalah bertujuan bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai Surat Pekeliling Am Bil. 5 Tahun 2024.

Garis Panduan Mengenai Pengurusan Dan Tatakelola Badan Berkanun Persekutuan.

Tarikh mula kuat kuasa Pekeliling tersebut akan ditetapkan oleh pihak berkuasa Badan Berkanun Persekutuan dengan seberapa segera selepas Pekeliling itu mula berkuat kuasa mulai tarikh Pekeliling dikeluarkan pada 30 April 2024.

Perbincangan tersebut memberi manfaat kepada MAIWP bagi melaksanakan pengurusan berdasarkan amalan tatakelola yang baik dan teratur.

TOP