Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan baru-baru ini telah dihadiri oleh seorang ilmuan yang tidak asing lagi iaitu Sheikh Saad Nomani. Kehadiran beliau merupakan detik berharga buat warga MAIWP yang dapat merebut peluang bersama-sama dalam mendengar dan mempelajari secara langsung bacaan daripada beliau khususnya bacaan Surah al-Fatihah.
Program Tahsin al Quran ini telah diadakan di Surau Haji Ahmad Sanusi, Menara MAIWP juga dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi MAIWP. Turut hadir ke program tersebut YBhg. Tuan Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer dan Presiden ABIM menambahkan lagi seri program tersebut.
Jutaan penghargaan buat Sheikh Saad Nomani atas perkongsian ilmu bacaan al Quran khususnya Surah al-Fatihah yang sering dibaca pada setiap solat. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan atas luangan masa beliau buat warga MAIWP. Semoga keberkatan program sebegini meningkatkan ketakwaan dan meraih keredaan daripada Allah SWT.





