40 USAHAWAN ASNAF KINI PEMBAYAR ZAKAT

PROGRAM KEUSAHAWANAN MAIWP BERJAYA LAHIRKAN USAHAWAN BERDAYA MAJU – 40 USAHAWAN KINI PENYUMBANG ZAKAT

Program Pembangunan Keusahawanan yang digerakkan oleh MAIWP terus mencipta impak signifikan apabila seramai 40 usahawan di bawah bimbingan MAIWP kini telah beralih daripada penerima kepada pembayar zakat, dengan jumlah kutipan mencecah RM66,051.00 bagi tahun 2024.

Transformasi ini mencerminkan keberkesanan pendekatan holistik MAIWP dalam memperkasa komuniti melalui bimbingan, pemantauan dan sokongan berterusan.

YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP bekata demikian pada Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri Usahawan MAIWP, yang diadakan buat julung kalinya dalam suasana santai berkonsepkan potluck. Majlis ini menjadi platform merapatkan ukhuwah serta meraikan kejayaan para usahawan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang keusahawanan.

Sepanjang tahun 2024, sebanyak 20 program pembangunan usahawan telah dilaksanakan, melibatkan 1,320 peserta dengan pelaburan strategik bernilai RM11.3 juta. Di samping itu, seramai 465 usahawan turut menerima insentif modal perniagaan berjumlah RM1.03 juta.

Manakala untuk tahun 2025, MAIWP telah memperuntukkan dana zakat berjumlah RM57.0 Juta dalam usaha MAIWP melahirkan bukan sahaja usahawan di kalangan asnaf, tetapi para teknologis, pekerja-pekerja mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang kemahiran antaranya autimotif, oil and gas, kimpalan dan sebagainya selain program-program kerohanian dalam memperkukuhkan jati diri dikalangan masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan.

MAIWP komited untuk terus memacu pembangunan ekonomi ummah melalui usaha bersepadu – bukan sekadar melalui bantuan kewangan, tetapi menerusi penyediaan akses kepada ilmu, pasaran dan jaringan sokongan yang mampan.

TOP