Alhamdulillah, hari ini berlangsungnya Majlis Rahmah MADANI Ramadan MAIWP: Majlis Iftar Bersama Asnaf Tahun 2026M/1447H, bertempat di Dewan Perdana Felda, Datuk Keramat Kuala Lumpur.
Majlis telah dirasmikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi MAIWP, Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, serta barisan Ahli MAIWP, menambah kemeriahan dan semangat kebersamaan dalam menyantuni golongan asnaf.
Dalam majlis bermakna ini, MAIWP menyampaikan pelbagai sumbangan, termasuk Bantuan Aidilfitri RM500 kepada setiap penerima asnaf (jumlah keseluruhan RM18,171,000), cenderahati RM120 kepada 400 orang asnaf yang hadir, serta saguhati duit raya RM50 kepada 200 anak-anak asnaf.
Jumlah sumbangan yang disalurkan adalah sebanyak RM18,229,000, bukti komitmen MAIWP memikul tanggungjawab dalam memastikan kebajikan ummah terus terbela.
Terima kasih kepada para pembayar zakat, sokongan dan amanah anda menjadi pemangkin inisiatif kebajikan MAIWP sepanjang tahun.






