Kursus-kursus untuk usahawan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sehingga kini melibatkan 435 orang untuk Kursus Asas Keusahawanan dan Latihan Pembangunan Produk dan Servis.
Demikian menurut Bahagian Pembangunan Asnaf, MAIWP, dalam satu kenyataan di FB MAIWP.
Kursus Asas Keusahawanan telah dilaksanakan sebanyak 8 siri, melibatkan penyertaan seramai 343 orang, manakala Kursus Pembangunan Produk dan Servis, 3 siri seramai 92 penyertaan.
Menurut Bahagian Pembangunan Asnaf, MAIWP lagi, kursus-kursus tersebut melibatkan kerjasama Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) beralamat di Ibu Pejabat, Kampus INSKEN, CoPlace 1, 2270 Jalan Usahawan 2, Cyber 6, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan.
“Kursus ini adalah kerjasama MAIWP dan INSKEN bagi membantu usahawan mengenal pasti hala tuju perniagaan dan cara usahawan menguruskan perniagaan yang lebih sistematik,” menurut kenyataan tersebut.
Membangun Usahawan MADANI
-------------------
Naz Daim
BELAJAR UNTUK BERUBAH
1.
Beberapa bulan lepas, saya nampak iklan oleh INSKEN (Institut Keusahawanan
Negara)
2. Sesapa nak jadi tenaga
pengajar boleh hantar proposal kat diaorang.
3. Saya terfikir sendiri,
saya mampu ke nak mengajar orang?
4. Jawapan pertama dari hati
saya… tak layak… saya tahu saya introvert yang tak suka bercakap dan berjumpa
ramai orang.
5.
Tapi tak cuba tak tahu kan.
6. Saya pun hantar proposal.
7. Saya propose nak ajar
Pemasaran online untuk bisnes F&B.
8. Bukan saya pandai, tapi ni
benda yang memang saya dah buat.
9. So mungkin nak mengajar tu
takde la berdebar sangat. Cuba je la.
10. Sekali tu proposal saya
diterima.
11. Huhhhh, berdebar gak weh…
12.
Tak lama kemudian INSKEN susun jadual untuk kelas.
13. Saya diminta mengajar
pada 24 dan 25 September kepada pelajar dari program Amanah Ikhtiar Malaysia.
14. Memula saya plan nak ajar
bakal student saya strategi funnel & retargeting yang advance menggunakan
METAads.
15. Tapi seminggu sebelum
kelas, saya buat research pasal bakal-bakal student dari segi latar belakang
dan perniagaan mereka.
16. Saya rasa mereka belum
bersedia untuk belajar benda yang terlalu teknikal dan heavy.
17. Dan saya dapati masalah
utama mereka adalah tak tahu buat, takde masa nak buat, dan takde idea nak buat
pemasaran online ni.
18. Kalau saya terus dengan
mengajar ilmu pemasaran yang sedikit advance, saya yakin mereka akan struggle.
19. Saya fikir, saya tak nak
jadi pengajar yang sekadar mengajar. Saya harap apa yang saya buat memberi
manfaat kepada mereka.
20. Saya perlu beri yang
terbaik walaupun ini kali pertama saya mengajar kelas macam ni.
21.
Jadi saya buat keputusan drastik.
22. Saya buang modul asal
yang saya rancang, dan saya buat modul baru.
23. Saya fokus mengajar asas
membuat konten dan bermain emosi pelanggan dahulu.
24. Saya ajar penggunaan app
asas antaranya:
25. META Business Suite untuk
schedule posting FB dan IG.
26. TikTok Studio, Youtube
Studio kedua-duanya untuk schedule posting.
27. Dan saya ajar cara
uruskan posting dan macam mana nak buat 30-50 posting seminggu yang boleh siap
dalam setengah jam.
28. Saya mulakan kelas dengan
ice breaking, duduk rapat-rapat dan tunjukkan saya dan mereka bermula di tempat
yang sama.
29. Saya juga usahawan yang
bermula dari bawah, meniaga tepi longkang.
30. Saya bawakan case study
usahawan lain yang sama macam saya, bermula dari bawah.
31. Tiada kisah usahawan
terlampau hebat dalam kelas saya… saya banyak kongsi kisah usahawan jalanan
yang transform bisnes mereka dengan gerak kerja pemasaran online.
32. Lepas tu saya buat demo
menyiapkan 24 posting dalam masa 12 minit 13 saat.
33. Kaedah ini buat mereka
percaya yang apa saya sampaikan tidak mustahil, mereka juga boleh buat.
34.
Saya memang mengharapkan keterbukaan minda dari mereka untuk ilmu baru.
35.
Bila ada keterbukaan, baru saya asak dengan ilmu-ilmu praktikal untuk
pemasaran.
36.
Tapi saya rasa saya perlu beri mereka sesuatu yang “super menarik”.
37.
Jajan atau Bonus.
38.
Jadi saya sambut kedatangan mereka ke kelas dengan alunan empat buah lagu
INSKEN yang saya buat sendiri menggunakan teknologi A.I pada malam sebelumnya.
39.
Pegawai INSKEN yang hadir pun terkejut, sejak bila INSKEN ada lagu.
40.
Saya bagitahu student saya… siapa
bertahan sampai kelas malam ni… saya ajar buat penulisan guna A.I, buat
gambar guna A.I dan yes, buat jingle/lagu brand mereka sendiri.
41.
Saya cakap saya buat lagu tu tanpa penulis lirik, komposer, atau artis.
Semuanya A.I dan dalam masa 5 minit siap.
42.
Saya kata walaupun awak meniaga pasar malam, awak dah boleh ada lagu untuk
kedai awak sendiri.
43.
Saya nampak mata mereka bulat, betapa terujanya mereka nak tunggu kelas malam.
44.
Walaupun benda ni sebenarnya asas bagi ramai orang, tapi bagi kebanyakan
student saya, ini sesuatu yang baru.
45.
Saya tunjukkan bagaimana nak selesaikan masalah takde idea menggunakan A.I.
46.
Termasuk membina website.
47.
Alhamdulillah, sambutan dalam kelas sangat memberangsangkan.
48. Saya memberi fokus kepada
aspek Zero Cost Marketing dahulu… minta mereka kuasai.
49. ZCM sebelum belajar paid
marketing.
50. Google My Business,
Linktree, Suno, Canva, Snapseed, ChatGPT, Squarespace, MetaAds, Ads Library dan
beberapa tools lain adalah antara yang saya ajar mereka guna untuk kegunaan
harian.
51. Yang bestnya, dua orang
sahabat saya, Johar Jaffar dan Mohammad Azimullah, sudi datang jadi assistant
saya… sama-sama bantu mengajar.
52. Kelas saya ni sebenarnya
lebih tekankan konsep perkongsian pengalaman usahawan sebenar berbanding
mengajar ilmu formal.
53. Memang saya dah bagitahu
awal-awal, saya ni bukan coach bisnes tapi saya pernah buat semua ni dan saya
berkongsi pengalaman dengan student.
54. Jadi kehadiran mereka
berdua membantu dalam perkongsian pengalaman sebenar usahawan kedai makan di
Malaysia ini.
55. Habis kelas semalam… saya
memang pancit habis.
56. Dua hari saya bagi
sepenuh komitmen dan tenaga untuk mengajar di kelas.
57. Sampai ada
sahabat-sahabat saya cari wife saya sebab tak dapat hubungi saya… menghilang,
banyak WhatsApp dari sahabat-sahabat saya pun saya tak balas…
58. Hehehe… sorry.
59. Dalam dua hari satu malam
mengajar, saya sempat lagi ubah slide pengajaran saya.
60.
Saya masukkan bonus ilmu tambahan yang bukan dari perancangan asal.
61.
Saya sediakan ruangan CURHAT di hujung kelas, saya mendengar masalah mereka dan
saya troubleshoot masalah bisnes mereka.
62.
Walhal ini, saya kira dah melebihi keperluan asal sesi pengajaran saya.
63.
Memang 110% fokus pasal kelas dari siang sampai malam. Saya
shutdown dunia hakiki saya.
64. Kelas sepatutnya berakhir
5:30 petang semalam, tapi saya drag hingga dekat pukul 8 malam.
65. Saya buat kelas tambahan
di luar kelas, mengajar pelajar saya menggunakan CapCut.
66. Saya tak tahu sama ada
apa saya ajar memberi impak atau tidak kepada student saya. Saya harap ada.
67. Tapi saya happy saya dah
beri yang terbaik untuk mereka.
68.
Di akhir kelas, saya tinggalkan pesanan Tok Guru saya pada mereka.
69.
Ilmu ni bagaikan binatang liar yang meronta-ronta.
70.
Untuk tambat ilmu di dada… ada 3 cara:
71.
Tulis apa yang kita belajar.
72.
Kongsi apa yang kita belajar.
73.
Amal apa yang kita belajar.
74.
Saya doakan semua student saya berjaya dalam perniagaan dan kehidupan mereka.
75.
Terima kasih INSKEN atas peluang, beri izin saya cuba-cuba kerjaya baru sebagai
seorang pengajar.
76.
Banyak saya belajar ilmu baru dari pengalaman ini… belajar untuk berubah.
P/s.
Balik rumah saya rasa mcm baru balik bercangkul di kebun… seluruh sendiri rasa
bisa dan sakit sakit… serious penat rupanya mengajar ni.
#NazDaim
26 Sept 2024, 9:20 am
Pautan: facebook.com/photo





