MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR MAIWP 2025

KUALA LUMPUR, 11 Oktober 2025 – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) meraikan kejayaan pelajar-pelajar Darul Kifayah yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum melalui satu majlis penuh bermakna yang diadakan di Kompleks Darul Kifayah MAIWP.

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP, yang turut menyampaikan anugerah kepada para pelajar cemerlang sebagai tanda penghargaan atas usaha gigih dan dedikasi mereka dalam menimba ilmu.

Turut hadir mengiringi beliau ialah YBhg. Prof. Datin Dr. Rusni binti Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Darul Kifayah & Dar Assa’adah MAIWP.

Penganjuran majlis ini bukan sahaja bertujuan meraikan kecemerlangan pelajar, malah mencerminkan komitmen berterusan MAIWP dalam memperkasa pendidikan, membentuk sahsiah pelajar serta melahirkan generasi berilmu dan berakhlak mulia.

MAIWP terus komited untuk memastikan setiap pelajar mendapat peluang pendidikan terbaik agar mampu menjadi insan yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

TOP