Hospital Pakar Pusrawi Kuala Lumpur melancarkan penjenamaan semula selaras dengan usaha merealisasikan tahun transformasi MAIWP, ke arah pusat penjagaan kesihatan yang progresif, dinamik dan berteraskan nilai keihsanan.
Majlis ini turut menyaksikan perasmian Jabatan Rawatan Kanser Azman Hashim (JRKAH) bagi memperkukuh perkhidmatan rawatan kanser yang lebih komprehensif dan bersepadu.
Menurut YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), peningkatan pesakit kanser menuntut usaha berterusan termasuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap rawatan awal dan penjagaan kesihatan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan.
Semoga inisiatif ini memberi manfaat besar kepada masyarakat dan menyumbang kepada kesejahteraan rakyat.





