MAIWP KE ARAH KELESTARIAN TATA KELOLA MANTAP

 

Executive Talk: 'Ke Arah  Kelestarian Tata Kelola Dari Persepktif Jawatankuasa Audit Dalam dan Governans (JKADG), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) diadakan di Tamu Hotel & Suite Kuala Lumpur, semalam. 

Program sehari itu dirasmikan oleh Pengerusi MAIWP, Tuan Haji Syed Kamarulzaman Syed Kabeer.

Sebanyak tiga kertas dibentang pada hari tersebut melibatkan kelestarian tata kelola, pemantapan dan pematuham kepada undang-undang, dan pengurusan risiko.

Sesi taklimat pertama: ’Ke Arah Kelestarian Tata Kelola Dari Persepktif JKADG’ disampaikan oleh Datuk Lt. Kol (K) Haji Anwari Bin Suri, Pengerusi JKADG.

Sesi taklimat kedua: ’Ke Arah Pemantapan dan Pematuham Kepada Undang-Undang’ oleh Encik Wan Mohd Sanusi bin Mohd Noor, Ketua Pegawai Undang-Undang dan Perkhidmatan Syariah, PUSRAWI.

Manakala sesi taklimat ketiga dan terakhir: ’Ke Arah Pelaksanaan Pengurusan Risiko’ disampaikan oleh Dr. Abdul Rahim bin Abdul Rahman, Ahli JKADG.

Terdahulu, semasa ucapan kata aluan,  Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Esekutif, menyebutkan pentingnya penganjuran program ini sebagai usaha-usaha berterusan mengukuhkan tata kelola di MAIWP.

”Dalam usaha kita melestarikan tata kelola yang cemerlang, peranan Unit Audit Dalam dan JKADG sangat signifikan.

”Unit ini tidak hanya berfungsi sebagai pengawas atau pemantau, tetapi juga sebagai penasihat yang membantu memastikan setiap operasi dan keputusan yang dibuat adalah berdasarkan prinsip akauntabiliti, ketelusan dan kecekapan, ” ujar beliau

Datuk Mohd Nizam juga berharap melalui program seumpama ini, pegawai-pegawai MAIWP mendapat manfaat, berkongsi pandangan, pengalaman dalam bidang tata kelola, pematuhan undang-undang, auditan dan  pengurusan risiko untuk memantapkan MAIWP lebih teguh, telus, berwawasan untuk agama dan negara.

TOP