MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL & JELAJAH MADANI ULAMA–UMARA (JMUU) PERINGKAT KEBANGSAAN 2025
Alhamdulillah, hari kedua Karnival Al-Falah Madani menyaksikan Majlis Perasmian Karnival & Jelajah Madani Ulama–Umara (JMUU) Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung meriah di Masjid Mengkuang Titi, Permatang Pauh.
Majlis disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan turut dihadiri YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Timbalan Menteri Agama, YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP serta YBhg Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP. Majlis dimulakan dengan ucapan YBhg. Prof Dato’ Haji Rosidi bin Hussain, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Turut berlangsung gimik pelancaran, penyampaian Anugerah Tokoh Peringkat Kebangsaan 2025, serta penyerahan pelbagai cek cura bantuan daripada YAPEIM, Sekretariat Dakwah Korporat JAKIM, Musa’adah JAKIM dan MAPIM.
Secara keseluruhan, hari kedua karnival turut menampilkan aktiviti rohani seperti Qiyamullail, Kuliah Subuh Perdana, Sarapan Rakyat, pameran agensi kerajaan & swasta, pemeriksaan kesihatan & gigi, gerai jualan, aktiviti Sukaneka dan Liga Penalti, Program Back To School, serta Ziarah Kasih Asnaf.
Semuanya berjalan lancar dan penuh keberkatan, memperkukuh ukhuwah, dakwah dan semangat Malaysia MADANI bersama masyarakat setempat.
Semoga karnival ini terus memberi manfaat, meneguhkan perpaduan komuniti, dan menjadi inspirasi dalam menyemai nilai Islamik di setiap lapisan masyarakat.
TOP