Malaysia Relief Agency (MRA) atau
Agensi Bantuan Malaysia baru-baru ini mengadakan kunjungan hormat ke Majlis
Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Delegasi MRA yang diketuai oleh Presiden MRA, Dr. Mohd Daud bin Sulaiman, disertai oleh Dr. Shahrizal Azwan bin Samsudin (Ketua Setiausaha), Dr. Sitti Sulhoon binti Mohamed (Pengarah Pendidikan dan Pembangunan Masyarakat), dan Puan Siti Zahara Chik (Pengarah Operasi).
Delegasi MRA disambut oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, bersama pegawai pengurusan MAIWP iaitu Ustaz Ahmad Saifuddin bin Hj Md Tahir, Ustaz Affandey bin Yaakub, Ustazah Wan Maizatun binti Wan Hassan, dan Ustazah Sutera Manis binti Zamzam.
Perbincangan dalam kunjungan
tersebut memfokuskan kepada kerjasama dalam membantu golongan asnaf, khususnya
dalam meningkatkan taraf pendidikan anak-anak mereka.
Kerjasama ini bertujuan memberi impak positif dalam pendidikan anak-anak asnaf di Wilayah Persekutuan, serta meningkatkan kualiti pendidikan mereka secara keseluruhan.
MRA sendiri menjalankan pelbagai
program dan aktiviti dengan sasaran utama bantuan disalurkan kepada pembangunan
komuniti Orang Asli, latihan sukarelawan, pembangunan komuniti OKU, pasca
bencana, sekolah komuniti Rohingya, serta perubatan dan misi bantuan
antarabangsa.
Dengan kerjasama yang dijalinkan, diharapkan dapat memperluas skop dan keberkesanan program-program MRA dalam memberi manfaat kepada lebih ramai golongan yang memerlukan.










