PROGRAM AMBANG GEMA SYUKUR 2025 DI MASJID PUTRA, PUTRAJAYA


Sempena menyambut kedatangan tahun baru 2025, Masjid Putra, Putrajaya telah dipilih sebagai lokasi utama untuk mengadakan program istimewa bertemakan "Gema Syukur".

Program ini bertujuan untuk mengisi malam tahun baru dengan keberkatan dan pengisian Rohani.

Ia akan berlangsung dari 31 Disember 2024 hingga 1 Januari 2025.

Acara ini merupakan hasil kerjasama antara 14 agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), bersama rakan strategik seperti MAPIM, MyFundAction dan Du’at Al-Falah.


Amanat Tahun Baru 2025:

·            Dato' Seri Anwar Ibrahim

YAB Perdana Menteri Malaysia

"Selamat menyambut Tahun Baru 2025"

·           Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer

Pengerusi MAIWP

"Selamat menyambut Tahun Baru 2025"

·            Datuk Mohd Nizam Haji Yahya

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP

"Selamat menyambut Tahun Baru 2025"

 

Tentatif Program “Gema Syukur”

 

31       Disember 2024:

 

-            Maghrib - Solat Maghrib

-            Solat Hajat - Doa khusus untuk keberkatan dan kesejahteraan

-            Bacaan Yasin & Doa Selamat - Memohon perlindungan dan keberkatan

-            Isyak - Solat Isyak

 

-            Gema Cinta Rasul - Persembahan nasyid oleh Inteam

-            Tadabbur Al-Quran - International Quran Moment

(Penghayatan dan tafsiran ayat-ayat suci Al-Quran)

-      Podcast "Jerat Nafsu"

Ahli Panel:

-           Dr. Syed Shahridzan bin Syed Mohamed - Ketua Penolong Mufti Wilayah Persekutuan

-           Dr. Ghafur Rahim bin Mustakim - Ketua Pegawai Eksekutif MyFundAction

-           PDRM - Panel dari Polis Diraja Malaysia

-      Amanat oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

-      Penyampaian Sumbangan - Bantuan kepada golongan yang memerlukan



1           Januari 2025:

-      Qiamulail - Solat malam untuk meraih keberkatan

-      Tausiah Subuh - Ceramah agama selepas salat Subuh

-      Senaman Pagi - Aktiviti fizikal untuk kesihatan

-      Sarapan Jamaie - Sarapan bersama para jemaah

-      Bersurai - Penutupan program


Program Ambang Gema Syukur 2025 di Masjid Putra adalah peluang yang sangat baik untuk masyarakat mengisi malam tahun baru dengan aktiviti yang bermanfaat serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Semua lapisan masyarakat dijemput untuk bersama-sama meraikan permulaan tahun baru ini dengan penuh keberkatan.


TOP