MAJLIS PENYERAHAN KUNCI SURAU AL-FIRDAUS

KHABAR GEMBIRA BUAT WARGA PRESINT 11

Alhamdulillah, setelah hampir 9 tahun menanti, akhirnya warga Presint 11F Putrajaya boleh menarik nafas lega kerana akhirnya surau yang dinanti telahpun disiapkan. 

 Telah berlansung Majlis Penyerahan Kunci Surau Al-Firdaus sebagai simbolik penyerahan surau tersebut kepada Pengerusi Penaja Surau untuk diimarahkan bersama warga setempat. 

Pada peringkat awal, pembinaan surau ini dirancang sebagai bangunan setingkat berkapasiti 1,000 jemaah. Namun, setelah mengambil kira kepadatan penduduk dan keperluan semasa, ianya dinaikkan kepada dua tingkat dengan kapasiti 2,200 jemaah dengan keluasan mencecah 1,710 meter persegi.

Majlis Penyerahan Kunci Surau Al-Firdaus disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar. Turut hadir, Pengerusi MAIWP, YBhg. Tuan Haji Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer dan Pengerusi PPj, Dato’ TPr Fadhlun bin Mak Ujud. 

Insya-Allah, pada hari raya Aidiladha 2025 ini nanti, laungan takbir raya akan berkumandang dan solat sunat Aidiladha akan dapat dilaksanakan di Surau Al-Firdaus.

TOP