TERIMA KUNJUNGAN HORMAT MEDIA PRIMA UNTUK KERJASAMA STRATEGIK

 

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) baru-baru ini menerima kunjungan hormat daripada Media Prima yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Puan Nini Yusof.

Kehadiran rombongan Media Prima disambut oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, bersama pegawai-pegawai kanan MAIWP.

Pertemuan ini dipengerusikan oleh Datuk Mohd Nizam dan bertujuan untuk membincangkan kerjasama antara MAIWP dan Media Prima dalam menyampaikan maklumat serta perkhidmatan yang disediakan oleh MAIWP kepada masyarakat, khususnya di Wilayah Persekutuan dan secara amnya di seluruh negara.

Dalam pertemuan tersebut, pihak MAIWP dan Media Prima menekankan kepentingan kerjasama dalam memanfaatkan kepakaran Media Prima dalam bidang pencetakan dan media elektronik, yang diakui kehebatannya.

Kerjasama ini juga memberi tumpuan kepada penyampaian maklumat yang efektif, penyusunan program, serta pemaparan siaran yang berkualiti apabila program dan aktiviti MAIWP diterbitkan.

Menurut kedua-dua pihak, kerjasama ini akan menghasilkan situasi ’menang-menang’ di mana MAIWP dan Media Prima saling memikat audiens, memastikan maklumat yang bermanfaat sampai kepada golongan sasaran dengan cara yang lebih menarik dan berkesan.

TOP