RM4.434 JUTA BANTU LAHIRKAN 309 GRADUAN ASNAF

 

MAIWP hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM4.434 juta untuk menyediakan sijil latihan kepada 309 pelatih asnaf melalui 12 agensi terkemuka yang menawarkan kursus berpotensi tinggi, membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

12 agensi yang terlibat  memberi peluang kepada pelatih asnaf untuk berkembang dan berjaya menerusi bidang automotif, kecantikkan, jentera berat, kesihatan dan perkapalan.

Inisiatif ini bukan hanya bertujuan mengupayakan asnaf, tetapi juga untuk mencipta peluang pekerjaan dan mengubah mereka dari penerima zakat kepada pembayar zakat di masa hadapan.

Majlis Graduasi dan Apresiasi Latihan dan Kerjaya MAIWP Kali Ke-3  ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer.

Turut hadir YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, serta YBrs. Encik Mohd Fauzi bin Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP, di Dewan Tun Dr. Siti Hasmah, Rumah Puspanita Kuala Lumpur.

#MAIWP #PelanAlFalah #MalaysiaMADANI

TOP