BERSAMA TM ONE ANJUR BENGKEL MEMPERKUKUH SINERGI ORGANISASI


TM One dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menganjurkan Bengkel Tadbir Urus dan Kerjasama bertajuk Memperkukuh Sinergi Organisasi Dalam Pelaksanaan Pendigitalan yang diadakan di AC Hotel by Marriott, Kuala Lumpur.

Bengkel ini merupakan platform untuk memperkukuh kerjasama antara kedua-dua organisasi dalam usaha mempercepatkan transformasi digital dalam pengurusan zakat dan kebajikan umat Islam di Wilayah Persekutuan.

Ia menandakan satu langkah penting dalam mewujudkan sistem yang lebih efisien dan berkesan, terutamanya bagi golongan asnaf dan pembayar zakat.

Menurut pihak TM One, bengkel ini bukan sahaja sebagai satu bentuk kerjasama, tetapi juga sebagai pemangkin kepada transformasi digital yang lebih menyeluruh dalam pengurusan zakat.

Sebagai syarikat yang sentiasa mengutamakan kepentingan pelanggan, TM One menegaskan komitmennya untuk memastikan setiap aspek pendigitalan dijalankan dengan penuh integriti dan memberi manfaat kepada umat Islam di Wilayah Persekutuan, khususnya dalam memperbaiki proses pengagihan zakat dan kebajikan.

 

Sumber; Facebook TM One

TOP