KUALA LUMPUR, 7 November 2025 – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini menghadiri Program Selawat dan Munajat Perdana 1447H/2025M anjuran Polis Kuala Lumpur, yang berlangsung di Masjid As-Sultan Abdullah, Presint Merdeka 118.
Program kerohanian berskala perdana ini membawa tema "Berselawat Demi Ummah, Bersatu Demi Keamanan", selaras dengan usaha memasyarakatkan konsep Malaysia MADANI melalui aktiviti keagamaan.
Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri. Turut hadir ialah YDH IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid bin Hj. Ismail, Ketua Polis Negara, dan YDH CP Dato' Fadil bin Hj. Marsus, Ketua Polis Kuala Lumpur.
Menyatakan sokongan padu, Pengerusi MAIWP, Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, turut hadir bersama barisan pengurusan MAIWP.
Kira-kira 1,000 hadirin yang hadir turut menyertai solat Maghrib dan Isyak berjemaah, serta dialunkan dengan bacaan selawat dan qasidah oleh Kumpulan Rabbani dan Tausiah khas oleh Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.
Semoga sinergi antara MAIWP dan PDRM ini terus diperkukuh bagi menyemai perpaduan ummah dan menjaga keharmonian negara.
SELAWAT DAN MUNAJAT PERDANA POLIS KUALA LUMPUR




