SEKALUNG TAHNIAH KEPADA DATO’ DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE

 

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), di atas pengurniaan Darjah Kebesaran Dato’ Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-79 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan terhadap perkhidmatan cemerlang Dato’ Dr. Sirajuddin dalam usaha memperkasa agama Islam dan pembangunan sosial di Malaysia.

Kami amat berbangga dengan pencapaian ini dan mendoakan agar Dato’ terus diberikan kekuatan dan kejayaan dalam setiap usaha dan tanggungjawab yang dilaksanakan.

 

Ikhlas daripada:

Pengerusi, Ahli & Keluarga MAIWP

TOP