PERHIMPUNAN GEN HUFFAZ TEKNOKRAT MARA 2026

Alhamdulillah, pada 1 & 2 Mac 2026 telah tercipta satu lagi detik bersejarah apabila lebih 6,000 Huffaz TVETMARA dan Profesional Huffaz berhimpun di Masjid Wilayah Persekutuan sempena Perhimpunan Gen Huffaz Teknokrat MARA 2026.

Majlis penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Turut menjadi sorotan ialah pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai simbol komitmen bersama dalam memperkasa pendidikan asnaf.

Melalui kerjasama strategik ini, sejumlah RM4.144 juta dana asnaf diperuntukkan bagi menyokong inisiatif pendidikan seperti Program Budi-MAIWP-MRSM serta tajaan hibrid MESH MARA-MAIWP, demi melahirkan Gen Huffaz yang bukan sahaja cemerlang dalam hafazan, malah kompeten sebagai teknokrat profesional berintegriti.

MoU tersebut telah disempurnakan oleh Dato’ Zulfikri bin Osman, Ketua Pengarah MARA dan Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

Satu langkah bermakna, satu komitmen yang jelas — pendidikan asnaf terus diperkasa, Gen Huffaz terus dimartabatkan demi masa depan ummah dan negara.

TOP