BALIK PULAU, 13 Ogos 2025 – Seramai 290 pelajar Tahun 6 dari sekolah-sekolah sekitar Kuala Lumpur telah menyertai Program Motivasi dan Kerohanian Kem Qiadi Junior MAIWP 2025 yang berlangsung selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Ogos di White Resort Camp, Balik Pulau, Pulau Pinang.
Program anjuran Bahagian Pembangunan Asnaf (BPA) MAIWP dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) ini bertujuan membentuk jati diri pelajar melalui pengisian kerohanian dan sahsiah.
Menurut perasmi program, Encik Ahmad Saifuddin Hj Md Tahir, Pengurus Bahagian Pembangunan Asnaf MAIWP , "Pembangunan sahsiah dan ibadah perlu bermula dari usia muda. Inilah pelaburan sebenar kita untuk melahirkan generasi soleh dan berilmu."
Antara modul menarik yang dilaksanakan termasuk Teori Amali Wuduk dan Tayammum, Kesempurnaan Rukun Solat, Toharah, Pemantapan Bacaan Solat serta Night Walk, Rempuh Halangan dan Explorace ibadah yang bersifat interaktif dan menyeronokkan.
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman pelajar tentang ibadah harian secara praktikal, memupuk akhlak mulia serta sahsiah terpuji, membina keyakinan diri dan semangat kepimpinan berteraskan nilai Islam, serta menggalakkan kerjasama dan semangat berpasukan dalam kalangan peserta.
Semoga program ini menjadi platform penting dalam usaha MAIWP melahirkan generasi muda yang celik agama, berdisiplin dan berakhlak tinggi.






