KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA


Hari ini, 7 November 2024, Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). 

Kunjungan ini disambut dengan penuh penghormatan oleh Pengerusi MAIWP, Tuan Haji Kamarulzaman Syed Kabeer, yang turut memberi sambutan mesra kepada rombongan WADAH.

Delegasi WADAH diketuai oleh Presiden persatuan tersebut, Dato' Ahmad Azam Ab Rahman. 

Turut menyertai rombongan itu adalah Mejar Jeneral Dato' Yusri Haji Anwar (Bersara), Maria Kamel, serta dua orang pegawai lelaki dari WADAH.

Pertemuan tersebut dihadiri oleh pegawai-pegawai MAIWP yang turut meraikan kehadiran rombongan WADAH, antaranya Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Encik Mohd Fauzi bin Abidin; Ustaz Ahmad Talmizi Haji Yahaya; Puan Sutera binti Zamzam; Noor Jamimah binti Ahmad; dan Abdul Rashid.

Selain itu, pertemuan ini turut disertai oleh wakil dari syarikat-syarikat di bawah MAIWP, iaitu Datuk Haji Abdul Hakim Amir bin Osman, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, dan Tuan Haji Zabidi bin Nasan, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan.

Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara MAIWP dan WADAH serta meneroka peluang kerjasama dalam bidang sosial dan pembangunan umat Islam di Wilayah Persekutuan. 

Kedua-dua pihak berharap dapat merangka program-program yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat, khususnya dalam meningkatkan kesejahteraan umat.

TOP