MAIWP TERUS MELANGKAH DENGAN USAHA PENSIJILAN QMS MS ISO 9001:2015

MAIWP terus komited memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan dan budaya kerja cemerlang menerusi pelancaran rasmi ke arah pensijilan MS ISO 9001:2015 – Quality Management System (QMS).

Inisiatif ini merupakan langkah seterusnya selepas kejayaan MAIWP memperoleh pensijilan Anti-Bribery Management System (ABMS) dan Quality Assessment Review (QAR). 

Pensijilan QMS ini bakal menjadi panduan utama dalam memastikan setiap proses kerja dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan dilaksanakan secara sistematik, berkesan dan konsisten dalam usaha penambahbaikan berterusan.

Pelancaran ini mencerminkan iltizam MAIWP untuk membudayakan pengurusan berkualiti secara menyeluruh, selaras dengan aspirasi menjadi sebuah institusi Islam yang unggul, telus dan diyakini masyarakat.

TOP