MAIWP dan Media Mulia bersama menyantuni masyarakat di sekitar PPR Semarak dengan mengagihkan bubur lambuk sebanyak 1000 bungkusan beserta goodies yang bermula jam 5:00 petang. Program agihan bubur lambuk ini merupakan kolaborasi pertama kali diantara MAIWP dan Media Mulia untuk tahun ini dan Surau Jumaat Al-Husna di PPR Semarak telah dipilih sebagai tempat pelaksanaan program ini. Disamping dapat mendekati dan menyantuni masyarakat setempat, MAIWP juga dapat mengeratkan lagi hubungan dengan rakan-rakan strategik.
PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK MAIWP BERSAMA MEDIA MULIA




