Kuala Lumpur, 8 Oktober- Dua Institusi Agama, Satu Matlamat Memantapkan Pengurusan Zakat & Pentadbiran Islam
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Seri Dr. Abdul Aziz bin Sheikh Ab. Kadir, Pengerusi MAINS.
Delegasi MAINS telah disambut mesra oleh YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP bersama YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, serta barisan pengurusan tertinggi.
Pertemuan ini menjadi medan perkongsian strategik dan pertukaran idea berharga antara dua institusi agama dalam usaha memperkukuh sistem kutipan serta agihan zakat yang lebih efisien. Terdapat banyak perkara yang dilihat mampu meningkatkan taraf hidup umat Islam khususnya buat asnaf bukan sahaja di kedua negeri ini sahaja, bahkan di seluruh dunia.
Bukan sahaja itu, pertemuan ini juga membawa kepada idea-idea baru dalam misi memacu kegemilangan ummah. Hal ini kerana, terdapat pelbagai bidang seperti pertanian, TVET untuk pelajar dan sebagainya yang mampu memberi keuntungan yang besar buat umat Islam. Oleh itu, peranan Majlis Agama Negeri mempunyai peranan besar dalam mengatur strategi untuk mencapai matlamat.






