PERTEMUAN PENGERUSI MAIWP BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI UKK


Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Tuan Haji Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer,  bersama pegawai-pegawai Unit Komunikasi Korporat (UKK) MAIWP, mengadakan pertemuan di aras 21, Menara MAIWP, pagi ini.

Majlis ini dimulakan dengan sesi taaruf yang dipimpin oleh Ketua Unit, Puan Sutera Manis binti Zamzam, dengan memperkenalkan pegawai-pegawai UKK berdasarkan skop tugas masing-masing.

Skop tugasan utama yang diperkenalkan adalah seperti berikut:

1.        Komunikasi Strategik dan Penerbitan

2.        Pentadbiran dan Hal Ehwal Korporat

3.        Media dan Promosi

Selepas sesi taaruf, beberapa fungsi dan inisiatif UKK dibentangkan, antaranya; termasuk aktiviti-aktiviti media yang sedang digerakkan secara aktif oleh MAIWP, seperti:



Dalam pertemuan tersebut, Pengerusi turut memberikan beberapa saranan dan cabaran kepada UKK, agar dapat terus meningkatkan perkhidmatan dan impak media serta komunikasi korporat MAIWP.

Antara saranan yang diketengahkan adalah:

1.        Profiling dan Analisis Asnaf - Mengambil langkah untuk profiling asnaf dan melakukan analisis terhadap mereka.

2.        Memanfaatkan Kecerdasan Buatan (AI) - Menggunakan teknologi AI untuk menambah baik proses kerja dan mencapai objektif yang lebih efektif.

3.        Memanfaatkan Sumber MAIWP - Mengoptimumkan aset dan sumber yang dimiliki, termasuk yang berada di bawah anak-anak syarikat.

4.        Penggunaan Sumber Manusia MAIWP - Meningkatkan potensi sumber manusia di semua peringkat, baik di ibu pejabat, Bahagian-Bahagian, Institusi Pengajian Tinggi, sekolah-sekolah, dan masyarakat umum.

5.        Visi dan Misi MAIWP - Menyebarkan dan menerangkan visi dan misi MAIWP secara menyeluruh untuk difahami oleh pegawai-pegawai MAIWP khususnya dan semua pihak amnya.

6.        Kemaskini Website - Menyediakan maklumat di laman web dalam tiga bahasa (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Arab).

7.        Brosur dan Risalah - Penyediaan brosur dan risalah dalam tiga bahasa untuk memudahkan penyebaran maklumat.

8.        Video atau Podcast Asnaf Berjaya - Membuat dokumentari atau podcast mengenai usahawan asnaf yang berjaya untuk memberi inspirasi kepada masyarakat.

9.        Pemahaman Visi dan Misi - Mengusahakan kaedah yang lebih berkesan untuk memastikan visi dan misi MAIWP difahami dan diterjemahkan dalam tindakan di kalangan pegawai.

10.    Slogan ‘Memacu Kegemilangan Ummah’ - Menerapkan slogan ini dengan lebih berkesan, seperti yang dilakukan oleh TNB dengan slogan "Penggerak Kemajuan Negara".

11.    Menerapkan Nilai MADANI - Menentukan cara untuk menerapkan prinsip MADANI dalam setiap aspek kerja dan tindakan di dalam MAIWP.

12.    Tafsiran MADANI dalam MAIWP - Memastikan setiap Bahagian di MAIWP memahami dan mentafsirkan kerja mereka mengikut nilai dan maksud di sebalik MADANI.

13.    Inovasi dan Kreativiti - Menggunakan platform seperti Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) atau Jawatankuasa Pemikir MAIWP untuk membantu menerjemahkan konsep MADANI dalam pelbagai tindakan.

14.    Menghayati Nilai-Nilai Islam dalam Dakwah - Merujuk kepada perjalanan dakwah Rasulullah SAW dan menerapkan prinsip-prinsip ini dalam kerangka kerja MAIWP.

15.    Peringkat-Peringkat Dakwah Rasulullah SAW:

   a.         Peringkat pertama:  Dakwah secara rahsia ( 3 tahun ).

   b.        Peringkat kedua: Dakwah secara terang-terangan tanpa kekerasan, sehingga Hijrah (10 tahun).

   c.         Peringkat ketiga: Dakwah secara terang-terangan menggunakan senjata untuk mempertahankan diri sehingga pembukaan Mekah (8 tahun)

   d.        Peringkat keempat: Dakwah secara terang-terangan dan mengangkat senjata terhadap mereka yang cuba menghalang dakwah dan pada peringkat inilah dipraktikkan syariat-syariat Islam dan perintah berjihad (2 tahun)

16.    Etika dan Keberanian - Menegaskan pentingnya bertindak dengan ikhlas dan berani dalam kata-kata dan perbuatan, sebagaimana yang digariskan dalam Al-Quran:


 

       ”Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.” (Quran, surah al-Mulk: 12).

 

       ”Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya).” (Quran, surah al-Anfaal: 22)


17.    Kesedaran Sejarah – Mengingatkan warga MAIWP tentang peranan penting sejarah, termasuk menguar-uarkan Takwim Hijriah sebagai panduan dalam merangka aktiviti.

Pengerusi juga mengingatkan semua pihak untuk sentiasa peka dan mengambil pengajaran daripada peringatan dalam Al-Quran serta menjadikan nilai-nilai yang terkandung dalam konsep MADANI sebagai panduan dalam melaksanakan tugas mereka.

MAIWP juga berperanan besar dalam menyokong kempen Malaysia MADANI sebagai slogan untuk negara.

TOP