Bengkel
Semakan Pencapaian Prestasi Pelatih Dar Assaadah dan Penghuni Darul Ilmi, Bahagian
Pembangunan Insan (BPI)bersama Tenaga Pengajar berjaya dilaksanakan di Menara
MAIWP, pada 14 Disember 2024, di sini.
Bengkel
ini melibatkan seramai 37 orang, termasuk barisan tenaga pengajar dari
Dar Assaadah dan Darul Ilmi MAIWP.
Objektif
utama bengkel ini adalah untuk membincangkan beberapa perkara penting, termasuk
modul/silibus pembelajaran, pencapaian prestasi pelatih dan penghuni, kaedah
pembelajaran yang digunakan serta cabaran yang dihadapi dalam pengendalian
pembelajaran di Dar Assaadah dan Darul Ilmi.
Bengkel
ini dipengerusikan oleh Encik Affandey bin Yaakub, Pengurus Bahagian
Pembangunan Insan.
Turut hadir
Ketua Unit Pentadbiran & Unit Seranta BPI dan Pengetua Institusi Dar
Assaadah dan Darul Ilmi.
Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jemputan yang hadir dan menyumbangkan idea serta pandangan bernas sepanjang sesi pembentangan pencapaian prestasi pelatih dan penghuni.
Sumbangan ini amat berharga dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi program dan aktiviti yang akan dilaksanakan pada masa hadapan, bagi memastikan ia memberi impak yang lebih besar dan manfaat.








