MERDEKA! SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN

Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia diraikan pada 31 Ogos setiap tahun.

Sambutan ini kebiasaannya bukan hanya disambut diperingkat kebangsaan tetapi juga turut disambut diperingkat negeri.

Selain itu sambutan dari pelbagai kementerian, Jabatan, Agensi, daerah, sekolah dan komuniti setempat turut diraikan secara meriah.

Suatu keistimewaan pada hari tersebut, pakaian beraneka ragam turut dipertontonkan sebelum menjelangnya sambutan Hari Kemerdekaan dengan tema Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024.


TOP