KUNJUNGAN HORMAT UNIVERSITI ISLAM NEGERI SUNAN GUNUNG DJATI BANDUNG, INDONESIA


Pada 9 Oktober 2024, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Islam Negeri (UIN) Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia. 

Delegasi tersebut diketuai oleh Naib Canselor Hal Ehwal Akademik, Dr. Dadan Rusmana, M.Ag., bersama Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof. Dr. Husnol Qodim, serta beberapa ahli akademik dan pengurusan universiti, termasuk Prof. Dr. H. Supiana, M.Ag. (Pengarah Konsortium Saintifik), Prof. Mohammad Taufiq Rahman, MA., Ph.D. (Ketua Program Pengajian Sarjana Pengajian Agama), Dr. Wiryo (Setiausaha Konsortium Saintifik), dan Fanida Firdausi, M.Pd. (Kakitangan Konsortium Saintifik).

Rombongan UIN Sunan Gunung Djati disambut oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, bersama pegawai-pegawai MAIWP yang lain, termasuk Ustaz Ahmad Talmizi bin Yahaya, Puan Noor Fadzilah binti Shafie, Encik Affandey bin Yaakub, Ustaz Ahmad Saifuddin bin Hj Md Tahir @ Twahir, Puan Nor Azlina binti Mohamad Salleh, Puan Sutera Manis binti Zamzam, Encik Muhsin Nor Paizin (Pengurus Akademi Zakat – AZKA-PPZ), dan Encik Muhamad Hazrin Sayuti (Eksekutif Akademik Zakat – AZKA-PPZ).

Perbincangan pada pertemuan ini dipengerusikan oleh Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, dan bertujuan untuk meneroka pelbagai bentuk kerjasama antara MAIWP dan UIN Sunan Gunung Djati, khususnya dalam bidang pendidikan dan pembangunan ilmuan Islam. 

Dalam pertemuan yang ringkas namun bermakna ini, beberapa isu penting telah dibangkitkan, terutamanya mengenai kemenjadian mahasiswa kedua-dua negara dan usaha melahirkan golongan ilmuwan Islam yang berdaya saing dan berwibawa.

Walaupun pertemuan ini dijalankan dalam tempoh yang singkat, ia membuka ruang untuk pelbagai bentuk kerjasama antara kedua-dua pihak. 

MAIWP, misalnya, menawarkan peluang program latihan industri kepada mahasiswa UIN Sunan Gunung Djati, serta memberikan peluang kepada mahasiswa tajaan MAIWP untuk melanjutkan pengajian mereka di universiti tersebut. 

Kerjasama ini diharapkan dapat memperkukuhkan lagi hubungan pendidikan dan sosial antara Malaysia dan Indonesia, serta memberikan manfaat kepada generasi ilmuwan yang akan datang.

TOP