GRADUASI TADIKA PERMATA MAIWP & MAIWP KIDS 2025 ZON SETAPAK

Kuala Lumpur, 1 Disember; Hari ini menandakan permulaan Konvokesyen Permata MAIWP 2025 dengan Zon Setapak sebagai zon pembuka tirai. Suasana penuh meriah menyambut kehadiran pelajar dan keluarga yang penuh teruja. Esok program akan diteruskan dengan Zon Batu, diikuti Zon Bandar Tun Razak, Zon Titiwangsa, dan akhirnya Zon Bangsar sebagai penutup konvokesyen tahun ini.

Tahun ini, seramai 2,066 pelajar diraikan sebagai graduan dari kelima-lima zon seluruh Kuala Lumpur. Suatu pencapaian yang membanggakan untuk anak-anak Permata yang telah berusaha gigih sepanjang tahun. 

Majlis perasmian berlangsung dengan penuh hikmat, disempurnakan oleh YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP. Turut memeriahkan majlis adalah YBrs. Encik Ahmad Talmizi Bin Yahaya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP (Operasi), dan YBrs. Puan Farizah binti Kamaruddin, Pengurus Bahagian Pembangunan Insan MAIWP.

Selepas majlis penyampaian anugerah tokoh selesai, para tetamu kehormat berkesempatan melawat booth pameran Permata MAIWP dan MAIWP Kids yang telah disusun rapi oleh Team ICT Permata MAIWP. Suasana penuh kehangatan dan rasa bangga menyelubungi semua yang hadir.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat atas sokongan dan penghargaan yang diberikan sepanjang program ini berlangsung. Semoga perjalanan konvokesyen baki zon-zon seterusnya berjalan lancar!

TOP