TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN MEMBANTU WARGA TUA ISLAM KEMBOJA

 

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) baru-baru ini menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Membantu Warga Tua Islam Kemboja yang diketuai oleh Pengerusinya, Ustaz Haji Abdul Halim bin Mohd Noor.

Rombongan tersebut turut disertai oleh pegawai pengiring Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa, Tuan Haji Zabidi bin Nasan.

Kehadiran mereka disambut mesra oleh Pengerusi MAIWP, Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, bersama pegawai-pegawai kanan MAIWP.

Pertemuan tersebut memberikan platform untuk membincangkan pelbagai isu berkaitan asnaf dan ummah, termasuk usaha-usaha kerjasama dalam meningkatkan taraf hidup golongan asnaf, serta memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Kemboja.

Pada akhir pertemuan, kedua-dua pihak bertukar cendera mata sebagai tanda persahabatan dan penghargaan.

TOP